RM290 Juta Bagi Projek Tebatan Banjir - Pulau Pinang Ada Nak Buat?

Posted by Kerah Lekung on Monday 26 March 2018

RM290 Juta Bagi Projek Tebatan Banjir - Pulau Pinang Ada Nak Buat?.

Kerajaan sentiasa melakukan usaha terbaik bagi memberikan perkhidmatan berkualiti buat rakyat. Terbaharu, PM Najib Razak mengumumkan peruntukan RM290 juta bagi melaksanakan empat projek tebatan banjir di Melaka bagi 2018.

Projek ini melibatkan beberapa kawasan iaitu Jasin (RM60 juta), Merlimau (RM36 juta), Sungai Duyung (RM164 juta) , dan Kampung Gajah (RM30 juta).

Menurut PM juga, projek tebatan banjir bagi Jasin, Merlimau, dan Sungai Duyung kini berada dalam fasa reka bentuk, manakala di Kampung Gajah pula masih dalam peringkat pertama perancangan.

Pada masa sama, PM Najib turut mengumumkan projek lampu kampung melibatkan 194 kampung di Melaka yang bakal memberi manfaat kepada 58,000 penduduk bagi 2018.

K7L : Terima kasih dengan keprihatinan PM!..
Sumber asal: RM290 Juta Bagi Projek Tebatan Banjir - Pulau Pinang Ada Nak Buat?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment