Berbaki 3 hari sahaja lagi tempoh berkempen , PKR sudah dalam keadaan panik !!
Info yang GPB terima terkini ialah Culaan dari kem PKR mengenai peratusan keluar mengundi dijangka adalah 75 % .
Mereka meramalkan 60 % pengundi Melayu akan memilih BN sekaligus melakar sejarah tumbang selepas 20 tahun di Permatang Pauh . Ini ada merupakan peningkatan berbanding PRK Pmtg Pauh 2015.
Manakala peratusan undi Cina dijangka masih memihak mereka sebanyak 70 % dan BN meningkat ke 30 % .
Peratusan undi kaum India paling mendadak iaitu kepada 60 % memilih BN !
Berdasarkan maklumat culaan PKR diterima GPB ini , serta menelusuri sendiri kempen calon BN ke akar umbi nampaknya mood majorit rakyat Permatang Pauh terutama atas pagar sudah memihak ke arah BN .
Mereka tidak lagi terpukau & tertipu dakyah pembangkang seperti PRU13 dan kini mahu memilih pemimpin yang boleh berkhidmat dan ada bersama rakyat.
Contohnya , semalam semasa kempen Datuk Zaidi dan Abu Bakar Sideh di kawasan Taman Pauh Jaya yang banyak didiami golongan profesional seperti pensyarah , guru , jurutera sudah mula memilih BN dengan membuka bilik gerakan sendiri . Kalau dahulu tiada langsung bilik gerakan tetapi sudah dibina kali ini .
Inilah angin perubahan gelombang biru sudah menawan hati pengundi Permatang pauh
Pastinya PKR di ambang kejatuhan ini sudah tentu memasang strategi fitnah haprak untuk meraih undi seperti mana di Lembah Pantai dalam tempoh berbaki beberapa hari kempen ini .
Serangan ke atas calon BN sudah dilancarkan tetapi ia tidak sedikit pun mengentarkan BN Permatang Pauh .
Rakyat semakin bijak dan sudah membuat keputusan memilih siapa terbaik untuk berkhidmat dan hanya menunggu 9 Mei !!
Kita akan rempuh demi Permatang Pauh !!
Isyarat penolakan oleh rakyat untuk Wakil rakyat PKR 5 tahun sekali .....
Sumber asal: PKR SEMAKIN PANIK ,TSUNAMI MELAYU AKAN PILIH BN PERMATANG PAUH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment