KES "MATA LEBAM" BUAT WAN AZIZAH TERDIAM!!!

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 2 May 2018

KES "MATA LEBAM" BUAT WAN AZIZAH TERDIAM!!!.
Kalau dulu, dalam mana - mana ceramah PKR pasti akan diselitkan dengan kisah 'Mata Lebam' Ketua Umum parti itu yang didakwa telah dizalimi oleh pemimpin diktator bernama Tun Mahathir.


Itulah modal Politik yang sering kali diulang - ulang dan dijaja untuk menyedarkan rakyat betapa kejamnya pemerintahan Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Tapi itu dulu. Sekarang, semua laungan reformasi yang dicetuskan oleh Si Ketua Penipu dan ahli keluarganya telah berjaya dibakul - sampahkan sehingga menyebabkan ahli parti itu sendiri terpinga - pinga.


Dengan sekelip mata, agenda asal perjuangan reformasi yang bermula sejak 20 tahun yang lalu terkubur baik sahaja pucuk pimpinan PKR membuat keputusan menerima Tun Mahathir sebagai sekutu.


Kisah mata lebam Si Ketua Penipu itu pun sudah dilupakan begitu sahaja. Pantas sekali pucuk pimpinan PKR membuat "U-turn" dan menjulang Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang amanah.


Padahal, itulah manusia yang sering dikutuk, dicaci dan dihina setiap kali pemimpin PKR berdiri diatas pentas ceramah. Tapi kini, kes 'Mata Lebam' Si Ketua Penipu itu pula menghantui PKR sehingga menyebabkan Wan Azizah sendiri terdiam apabila ianya dibangkitkan semula!!!

Sumber asal: KES "MATA LEBAM" BUAT WAN AZIZAH TERDIAM!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment