Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat sewaktu minum petang tadi. Dia juga hiaran kenapa dalam kempen PRU kali ini, puak Pakatan Haprak tu kurang menyebarkan video ceramah mereka.
Jawapan mudahnya, kemungkinan besar, puak Pakatan Haprak tu takut sekiranya video ceramah yang dirakam dan dikongsikan dilaman media sosial akan memakan diri mereka sendiri.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila wujudnya Akta Anti Berita Palsu yang telah diwartakan di Parlimen baru - baru ini. Mungkin akta itu yang membuatkan Pakatan Haprak tu terpaksa berhati - hati.
Apa yang jelas, kekurangan video ceramah Pakatan Haprak tu melalui aplikasi media sosial memang berkurangan sejak hari pertama kempen Pilihan Raya Umum dimulakan sabtu lalu.
Jika tidak, sebelum ini, video ceramah Pakatan Haprak tu memang sengaja disebarkan secara meluas bagi mempengaruhi rakyat agar membenci pihak Kerajaan dengan penyelewengan fakta.
Secara tidak lansung, keadaan itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu selama hari ini sering menjaja fitnah dan menyebarkan berita palsu dalam kempen ceramah yang mereka adakan. Maka langkah Kerajaan mewujudkan Akta Anti Berita Palsu itu memang tepat pada masanya!!!
Sumber asal: KENAPA PAKATAN KURANG SEBAR VIDEO CERAMAH???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment