Jangan Sokonh Calon Anak Derhaka

Posted by Kerah Lekung on Friday, 4 May 2018

Jangan Sokonh Calon Anak Derhaka .


JANGAN SOKONG ANAK YANG DERHAKA

  Kedudukan seorang ibu di dalam Islam berada di tempat yang tinggi dan banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh anak-anak berbuat baik kepada ibu bapa seperti ayat 14 dalam surah Luqman.

  Namun, penghormatan anak kepada ibu itu seakan-akan hilang dalam diri calon Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Nik Omar Nik Aziz apabila masing-masing memilih parti berbanding ibu serta keluarga.

  Menyusuri perkembangan Pakatan Harapan, dua daripada calon parti itu kini dilabelkan sebagai anak derhaka apabila mereka tidak mendapat restu daripada ibu masing-masing.

  Sebelum ini, ibu kepada Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya, sudah terang-terangan menolak pembabitan anaknya itu dalam memperjuangkan parti keadilan yang hanya menimbulkan huru hara kepada negara.

  Malah, Che Tom sendiri mengakui hatinya hancur dan malu dengan tindakan yang diambil Timbalan Presiden PKR sehingga beliau berharap agar anaknya itu bertaubat serta kembali ke pangkuan jalan.

  Bagaimanapun, situasi berkenaan kini berulang kembali, apabila anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar membuat keputusan untuk bertanding di bawah tiket PKR di kerusi DUN Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara yang paling Nik Omar takuti adalah apabila ibunya sendiri berkempen menentang beliau di DUN Cempaka, dan perkara ini telah berlaku dan saya pasti ianya akan menjadi mimpi ngeri kepada beliau dan Amanah.

  Tindakan Nik Omar itu bukan hanya memberi kesan kepada penyokong PAS tetapi ibunya sendiri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak merestui keputusan Nik Omar.

  Politik hanya mainan dunia dan sebagai umat Islam kita perlu ingat, syurga bagi seorang anak lelaki itu terletak dibawah tapak kaki ibunya malah, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini perlu mendapat restu dari ibu.

  Perbuatan seperti ini bukan sifat seorang ketua yang layak untuk memimpin atau membimbing masyarakat apatah lagi sebuah negara.

  Oleh itu, nasihat saya kepada rakyat Malaysia supaya bijak memilih pemimpin. Sekiranya kita memilih mereka ini sebagai pemimpin, seolah-olah kita juga menyokong tindakan mereka yang derhaka kepada ibu.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP
Sumber asal: Jangan Sokonh Calon Anak Derhaka

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment