CALON BN SEBERANG JAYA DEDAH KEGAGALAN WAKIL RAKYAT PKR ATASI ISU SETEMPAT

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

CALON BN SEBERANG JAYA DEDAH KEGAGALAN WAKIL RAKYAT PKR ATASI ISU SETEMPAT .



PULAU PINANG – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin mendedahkan kegagalan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelesaikan isu setempat.
Beliau berkata, hampir keseluruhan kawasan di Seberang Jaya mempunyai masalah sama dan rungutan yang sama.
“Saya sudah pusing dan hampir melawat di seluruh kawasan-kawasan di dalam Dun Seberang Jaya. Saya sudah pergi melawat bukan hanya pada hari ini sahaja, minggu lepas atau dua minggu lepas.
“Saya melawat dan pusing seluruh Permatang Pauh sudah tiga hingga empat tahun. Selama empat tahun ini jugalah, saya dah masuk semua kawasan-kawasan dalam DUN Seberang Jaya.
“Hampir keseluruhan kawasan di Seberang Jaya ini mempunyai masalah yang sama, rungutan yang sama dan aduan yang sama..
“Saya bagi contoh, masalah yang berlaku di kawasan ini adalah banjir, kebersihan, penyelenggaraan flat-flat, kesesakan lalu lintas dan parking,” kata beliau dalam satu ceramah di kawasan flat di Uptown Bandar Perda.
Abu Bakar berkata, kalau mempunyai wakil rakyat yang ada wawasan, mereka harus memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Kata beliau, namun wakil rakyat pada hari ini tidak berbuat perkara demikian.
“Apa tugas wakil rakyat sebenarnya? Tugas wakil rakyat adalah mewakili seluruh rakyat di dalam DUN Seberang Jaya yang mempunyai hampir 35,000 orang.. wakil rakyat mewakili rakyat Seberang Jaya dalam menyuarakan hasrat, masalah dan kehendak di dalam DUN Seberang Jaya.. Inilah yang dipanggil wakil rakyat.
“Tetapi wakil rakyat yang ada pada hari ini , saya lihat tidak berbuat perkara ini..,” ujarnya.
Abu Bakar berkata, sebab itu beliau bertanding di Dun Seberang Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Saya tahu masalah yang timbul di dalam kawasan DUN Seberang Jaya ini.. Masalah banjir sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan kerana tidak diselenggarakan dengan baik.. Longkang tersumbat, parit tersumbat, sungai tersumbat.. ini yang menyebabkan banjir.
“Samalah masalah kebersihan.. Baru-baru ini, saya pergi ke Taman Siakap dan berjumpa dengan komuniti kaum Cina.. Mereka memberitahu kepada saya, sudah dua tahun mereka minta tong sampah hijau tapi sampai hari ini tidak dapat,” kata beliau.
Tambah beliau, begitu juga dengan masalah parking, sepatutnya wakil rakyat memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
“Kenapa semua perkara ini berlaku?
“Saya anak tempatan Seberang Jaya.. wakil rakyat yang ada pada hari ini bukan orang Seberang Jaya, tapi orang Selangor.. Dia tidak ada kasih sayang pada kawasan ini,” katanya.
Justeru, beliau berkata, untuk memilih wakil rakyat untuk DUN Seberang Jaya, rakyat perlu memilih wakil rakyat yang berasal dari kawasan ini, barulah wakil rakyat itu ada kasih dan sayang pada kawasan tersebut. –Utaranews.com



Sumber asal: CALON BN SEBERANG JAYA DEDAH KEGAGALAN WAKIL RAKYAT PKR ATASI ISU SETEMPAT

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment