UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini menabur budi, menabur jasa dan berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh, kata calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, tidak ada orang lain lagi yang berkhidmat seperti mana yang UMNO-BN berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh.
“Tanyalah kepada sesiapa pun, siapa yang menjaga kebajikan, soal sekolah-sekolah di Permatang Pauh.. BN Permatang Pauh lah..
“Siapa yang membantu begitu banyak kepada masjid dan surau di dalam Permatang Pauh, BN Permatang Pauh lah.. Siapa yang menjaga kebajikan orang miskin tanpa mengira kaum Melayu, Cina dan India, BN Permatang Pauh lah..
“Siapa yang menjaga sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, BN Permatang Pauh lah.. Siapa yang menjaga rumah-rumah ibadat, kuil masyarakat India, BN Permatang Pauh lah..
“Begitu juga siapa yang membina jalan, memasang lampu jalan dan sebagainya di Permatang Pauh, BN Permatang Pauh lah.. Dan siapa yang yang memperkasakan guru-guru KAFA dan sekolah KAFA, BN Permatang Pauh lah..
“Jadi untuk apa lagi untuk kita berasa malu dan segan.. Jangan kita ada perasaan takut untuk berdepan dengan sesiapa pun pada saat ini,” kata beliau.
Justeru, Mohd Zaidi berkata, yakinlah bahawa kali ini pada 9 Mei ini, walau apa pun rintangan dan cabaran akan datang dalam beberapa hari ini, yakinlah pengundi Permatang Pauh telah pun membuat keputusan bahawa BN Permatang Pauh adalah pilihan terbaik dalam pilihan raya kali ini. –Utaranews.com
Sumber asal: BN SUDAH TERBUKTI YANG BERKHIDMAT UNTUK PERMATANG PAUH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment