TPM KECEWA DENGAN SIKAP MCA...TAK ADA KERJASAMA LANGSUNG DAN TAK AMBIL BERAT MCA NI

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 14 March 2018

TPM KECEWA DENGAN SIKAP MCA...TAK ADA KERJASAMA LANGSUNG DAN TAK AMBIL BERAT MCA NI.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir Parti MCA yang tidak menghantar wakil ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Paroi, yang berlangsung di Taman Satria Paroi, petang tadi.

Kata Timbalan Pengerusi BN itu, beliau berang kerana MCA negeri ini tidak memberi kerjasama dengan program anjuran sendiri.

“Mana wakil MCA….tengok tiada seorang pun yang datang, MIC ada, Gerakan ada, PPP ada tapi MCA tak ada.

“Kerusi (Dun dan Parlimen) mereka (MCA) nak tapi bila program anjuran sendiri tak nak datang, sekurang-kurangnya datang la tunjuk muka, bantu rakan di tempat lain pula, apa yang sibuk sangat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Paroi di Padang Awam Taman Satria Paroi.

Program anjuran kerajaan negeri itu dihadiri lebih 6,000 masyarakat setempat yang datang, ingin bersama untuk minum petang bersama kepimpinan tinggi BN.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan semua pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan.

Sumber asal: TPM KECEWA DENGAN SIKAP MCA...TAK ADA KERJASAMA LANGSUNG DAN TAK AMBIL BERAT MCA NI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment