“TIDAK MUSTAHIL MAHATHIR KEMBALI PELUK NAJIB”

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 14 March 2018

“TIDAK MUSTAHIL MAHATHIR KEMBALI PELUK NAJIB”.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, bekas perdana menteri itu mempunyai segala akses dan kuasa mendapat maklumat untuk memastikan beliau membuat keputusan tepat, menurut sebuah artikel yang diterbitkan di Umno Online.

Bagaimanapun, penulis itu, Ab Jalil Backer berkata, Mahathir hari ini mengaku silap memecat timbalannya itu.

“Dengan segala akses dan kuasa mendapat maklumat ketika itu, beliau boleh membuat satu keputusan yang salah menyebabkan kekecohan negara dan mengaibkan keluarga Anwar.

“Jadi apakah kemungkinan untuk Mahathir yang tidak punya apa-apa akses, dikelilingi oleh mereka yang tidak mempunyai maklumat dan tidak mempunyai pasukan perisikan boleh membuat keputusan betul mengenai pentadbiran Najib Razak hari ini? Mustahil!” petik artikel itu.

Apa yang tidak mustahil, kata Ab Jalil, adalah bahawa Mahathir sekali lagi akan mengejutkan negara apabila partinya, BERSATU kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Mahathir adalah sesumpah politik yang berubah warna mengikut keperluan politik beliau.“Hari ini beliau menyalahkan polis punca beliau memecat Anwar Ibrahim.“Esok siapa lagi orang sekelilingnya akan menjadi kambing hitam?” soalnya.

Ketika itu, menurut beliau, tidak mustahil Mahathir berbaik semula dengan Najib dan mendakwa perjuangannya hari ini salah kerana ditipu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Sarawak Report dan usahawan-usahawan Cina yang rapat dengannya.

“Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat peribadinya. Mengaku silap memecat Anwar Ibrahim bukanlah satu-satu tindakan terakhir beliau dan bukan yang pertama,” katanya.

Dalam satu wawancara dengan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily, Mahathir berkata keputusannya mengambil tindakan ke atas anak didiknya itu adalah sesuatu yang salah.

Bagaimanapun, Mahathir, yang kini adalah pengerusi Pakatan Harapan, berkata beliau tidak mempunyai pilihan kerana polis telah mengemukakan semua bukti kepadanya pada tahun 1998.

Namun, pada temu bual Julai lalu, bekas perdana menteri berusia 94 tahun itu berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya untuk memecat timbalannya.

Anwar sebelum ini, sentiasa konsisten mendakwa tuduhan liwat ke atasnya adalah direkayasa oleh Mahathir.

Sumber asal: “TIDAK MUSTAHIL MAHATHIR KEMBALI PELUK NAJIB”

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment