Pakatan Harapan (PH) didakwa mendokong fahaman liberal apabila pakatan pembangkang itu turut mendapatkan pandangan gerakan G25 untuk merangka manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
EXCO Jabatan Penerangan UMNO Selangor, Norman Toha berkata, G25 merupakan gerakan yang lantang bersuara, antaranya mahu kerajaan meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah atas kesalahan khalwat dan minum arak yang dilakukan umat Islam.
“Apakah PH sudah tidak ada badan lain untuk dijadikan rujukan? Maka tidak hairan jika manifesto PH tidak menyebut agenda memperkasakan perjuangan Islam.
“Kita hairan dengan sikap pemimpin Islam dalam PH yang seolah-olah mengagungkan pemikiran liberal yang dibimbangi akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
“Pandangan G25 telah dijadikan asas manifesto PH. Jadi pengundi Islam di negara ini perlu menolak PH serta jangan mengundi PH,” katanya kepada Watan Online pada Jumaat.
Norman yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Selangor berkata, pemimpin Islam dan Melayu dalam PH sepatutnya sedar kesan negatif gerakan G25 kepada negara.
“Selama ini toleransi agama cukup baik. Mengapa kita perlu merungkai ikatan yang telah kukuh. Kita bimbang jika ikatan yang kukuh ini dirungkai, ia hanya akan mewujudkan pergolakan antara masyarakat berbilang agama,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan manifesto pakatan pembangkang turut mengambil pandangan G25.
G25 merupakan gerakan yang dianggotai oleh beberapa bekas penjawat awam kerajaan yang cukup bermasalah dengan idea liberal agama mereka.
Antaranya G25 pernah meminta menilai kembali Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia yang didakwa melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi.
Selain itu, buku terbitan G25 antara lain mengandungi saranan memperjuangkan sistem politik sekular, peranan Islam di dalam pentadbiran kerajaan dikurangkan dan umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad.
Wartawan Watan-Online

Sumber asal: PH MENDOKONG FAHAMAN LIBERAL – NORMAN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment