Datuk Rizal Mansor yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU14.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri itu berpendapat, PH terpedaya dengan kata-kata Mahathir yang kononnya mahu memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sahaja.
Rizal berkata, bekas perdana menteri itu sekali lagi bakal ‘menguburkan’ impian Anwar untuk menjadi perdana menteri kerana pengerusi PPBM itu mungkin tidak akan menyerahkan jawatan tersebut.
“Hari ini, pemimpin 93 tahun itu pula dinamakan untuk menjadi PM (perdana menteri) ke-7 jika BN (Barisan Nasional) berjaya ditewaskan pada PRU-14 dengan perjanjian untuk menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada DS Anwar Ibrahim selepas dua tahun.
“Tetapi, dalam wawancara dengan media Australia baru-baru ini pula, Mahathir menunjukkan tembelangnya apabila berkata, undi beliau mungkin sama seperti undi Anwar.
“Perkataan “mungkin” itu secara jelas menunjukkan Mahathir tidak ikhlas dalam perjanjian untuk melantik Anwar menjadi PM selepas dua tahun Anwar keluar dari penjara,” katanya menerusi status di Facebooknya.
Wartawan Watan-Online

Sumber asal: MAHATHIR AKAN HALANG ANWAR JADI PM – RIZAL....MADEY SUKA PUTAR BELIT TAK BOLEH PERCAYA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment