Tak kira la alasan apa yang cuba diberikan oleh Tun Mahathir terhadap tindakannya sebelum ini, namun ianya hanya sekadar alasan untuk menutup kesalahan dirinya sendiri sahaja.
Mungkin bagi bekas Perdana Menteri itu, pengakuan kononnya dia tersilap langkah memecat jawatan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dapat menipu pengikut PKR.
Mungkin Tun Mahathir ingat dengan menunding jari dan menyalahkan pihak Polis kerana memberi nasihat untuk memecat jawatan Anwar itu dapat meredakan kemarahan pengikut PKR gamaknya.
Soalnya, adakah Tun Mahathir cuba nak memperlekehkan mentaliti pengikut - pengikut PKR dengan memberikan alasan sebodoh itu agar mereka dapat mengampunkan dosa yang telah dilakukannya?
Kalau kita tengok IG Nurul Izzah sejak kebelakangan ini, anak kepada Anwar itu kerap kali memaparkan kenangan di zaman sewaktu bapanya masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dari satu sudut, tindakan Nurul Izzah itu seolah - olah memberi signal yang jelas kepada Tun Mahathir agar tidak berterusan untuk menipu pengikut - pengikut PKR secara membuta - tuli.
Sebaliknya, pengikut PKR pun tau, pihak Polis tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memecat mana - mana pemimpin atau individu dari jawatan Politik seperti yang dijelaskan oleh Rahim Noor.
Bayangkan! Takkan la Tun Mahathir anggap pengikut - pengikut PKR itu terlalu BODOH untuk menerima alasan yang diberikan dan menjadikan Polis sebagai Kambing Hitam untuk memikul kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini!!!
Sumber asal: PENGIKUT PKR NI SEMUANYA BODOH MACAM LEMBU KE???
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment