DEMI KUASA, MAHATHIR SANGGUP UBAH SEJARAH 20 TAHUN DULU PECAT ANWAR

Posted by Kerah Lekung on Friday, 16 March 2018

DEMI KUASA, MAHATHIR SANGGUP UBAH SEJARAH 20 TAHUN DULU PECAT ANWAR .


Menurut pakar sejarah Dr Ramlah Adam , fakta sejarah tidak boleh diubah dan dinafikan . 
Tapi hari ini demi kerakusan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri dalam usia 93 tahun ,  Tun Mahathir cuba mengubah sejarah semula ketika pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. 
Beliau berkata kepada akhbar Cina dengan menyalahkan  POLIS yang menyebabkan beliau memecat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Bekas Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor jelas hairan dengan tuduhan terbaru Tun Mahathir ini  dan menyatakan POLIS hanyalah sebuah jabatan dan   tidak mempunyai  kuasa untuk memecat Timbalan Perdana Menteri . 


“Pelantikan dan pemecatan seorang Timbalan Perdana Menteri bukan seperti memetik buah kelapa, semuanya dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu.
“Polis hanyalah sebuah jabatan kerajaan yang kuasanya tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Po­lis sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan kuasa-kuasa polis dan apa yang boleh dilakukan oleh polis,” kata­nya.


Malah hari ini Menteri Belia dan Sukan  YB Khairy Jamaluddin mempersoalkan kepada Tun Mahathir yang cuba menulis sejarah semula 20 tahun dahulu  tetapi dalam masa yang sama buku autobiografi beliau sendiri  menyatakan memecat Anwar bukan kesilapan !!





Jadi tidak hairan lah ramai  mengelarkan Mahathir seorang  kaki U Turn demi kepentingan diri bagi mengambil hati keluarga Anwar dan penyokongnnya . 


HAH ALAM, 15 Mac – Ketua  Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyalahkan polis atas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada barisan Kabinet 20 tahun lepas, seperti ‘mahu menulis semula sejarah’.
Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan pengerusi Pakatan Harapan itu juga ibarat mahu mengelak sindrom ‘meludah ke langit terpercik ke muka sendiri’ apabila kedua-duanya kini bekerjasama sebagai pembangkang.
“Disebabkan sekarang beliau (Dr Mahathir) bekerjasama dengan Anwar, maka beliau terpaksa tukar cerita (tentang pemecatan Anwar olehnya ketika menjadi perdana menteri) dengan menyalahkan pula polis.
“Dalam  buku biografinya bertajuk ‘A Doctor In The House’, beliau menyatakan, –  I have made many mistakes but removing Anwar was not one of them (Saya telah membuat banyak kesilapan tetapi menyingkirkan Anwar bukan satu daripadanya). Ini beliau (Dr Mahathir) sendiri yang tulis,” katanya selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Golf Amal 2018 anjuran Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Selangor di sini, hari ini.
Justeru itu, beliau berkata rakyat sepatutnya lebih bijak menilai senario politik tersebut apabila sesetengah pihak cuba mewujudkan sejarah versi baharu dengan memuatkan kisah terkini.
Pada Selasa lepas, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata bahawa tindakannya memecat Anwar adalah satu perbuatan yang salah sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun.
Lapor portal berita itu lagi, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia tersebut turut menyatakan yang beliau terpaksa memecat Anwar kerana tiada pilihan lain selepas polis menyerahkan semua bukti mengenai  salah laku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat terbabit kepadanya pada tahun 1998.
Dalam pada itu, berhubung pertandingan golf amal itu, Presiden JP Selangor Datuk Dr Mohd Karim Abdullah Omar berkata dana sebanyak RM200,000 berjaya dikumpulkan dan akan disalurkan untuk membantu rumah-rumah kebajikan dan anak yatim.
“Ini merupakan acara tahunan yang sudah masuk tahun keempat penganjurannya. Kita lakukan untuk kumpul dana bagi membantu golongan memerlukan dan JP Selangor akan berusaha menganjurkan lebih banyak acara seumpamanya demi menyantuni rakyat,” katanya.
Seramai 120 peserta terdiri daripada wakil korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan pemain golf amatur menyertai pertandingan amal tersebut.

Sumber asal: DEMI KUASA, MAHATHIR SANGGUP UBAH SEJARAH 20 TAHUN DULU PECAT ANWAR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment