MASA UMUR 70 TAHUN DULU DR M KATA DAH TUA…

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 March 2018

MASA UMUR 70 TAHUN DULU DR M KATA DAH TUA….
Bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad, usianya yang hampir menjangkau 93 tahun itu masih belum cukup tua untuk mengatakan beliau tidak layak mengetuai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP itu turut memperkukuhkan hujahnya dengan menunjukkan kebolehannya memandu kereta dan menunggang kuda di media sosial walaupun kurang tujuh tahun lagi berusia seabad.

Walau bagaimanapun kenyataan 93 tahun belum tua dilihat timbul bila kena batang hidung sendiri sedangkan dahulu, usia lewat 60-an dikatakannya sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri. Berikut intipati kenyataannya terhadap seteru politiknya dan diri beliau sendiri sebelum ini.

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Saya rasa dia (Anwar) sudah terlalu tua,” Kata Dr. Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara yang disiarkan pada 11 April 2016. Anwar ketika itu berusia 68 tahun

2. Lim Kit Siang

“Kit Siang dari 1964 ketika jadi Setiausaha Politik Devan Nair sehingga sekarang masih memimpin DAP, tetapi pada masa sama dia bercakap tentang perubahan. Yang patut berubah dia lah, dia patut berhenti. Perubahan pertama dirinya sendiri, saya dah ubah, dah berhenti dah,” Kata Dr. Mahathir pada majlis di Shah Alam April 2013

3) Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

“Saya ingat dia dah nyanyuk. Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini.” Kata Dr. Mahathir ketika berucap pada April 2013

4) Diri beliau sendiri

“Apabila saya berumur 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi Perdana Menteri pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun,” Kata Dr. Mahathir kepada The Australian, April 2016

Sumber asal: MASA UMUR 70 TAHUN DULU DR M KATA DAH TUA…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment