MARIA CHIN, "KUCING" PKR DI PANDAN???

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 March 2018

MARIA CHIN, "KUCING" PKR DI PANDAN???.
Baru beberapa hari lepas, nama bekas Pengerusi Bersih, Maria Chin disebut - sebut akan menjadi calon Pilihan Raya Umum mewakili PKR dalam satu majlis sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur.


Tak sampai beberapa hari kemudian, terdengar pula khabar angin dikalangan penyokong Pakatan Haprak yang mendakwa kononnya Maria bakal menjadi 'Kucing PKR' untuk bertanding di Parlimen Pandan. Betul ke?


Secara umumnya, kerusi Parlimen Pandan pada ketika ini kosong berikutan penyandangnya, Rafizi Ramli disabitkan dengan kesalahan membuat fitnah terhadap Pengerusi NFCorp.


Malah, Pakar Strategi PKR itu juga pada ketika ini sedang berhadapan dengan pelbagai kes saman fitnah yang difailkan terhadap dirinya sedang dan akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat.


Maka timbul spekulasi dikalangan ahli serta penyokong Pakatan Haprak mengenai kedudukan Si Maria Chin dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dan Parlimen Pandan menjadi sebutan.


Bagi sesetengah pihak, perkara itu tidak mustahil memandangkan perpecahan dalam PKR pada ketika ini semakin ketara. Maka sudah pasti kem Wan Azizah mahu mengekalkan kuasa mereka di Pandan.


Setidak - tidaknya dengan meletakkan calon 'Wild Card' seperti Si Maria Chin, kartel Azmin tidak mampu untuk menguasai kawasan tersebut dan seterusnya mengukuhkan kedudukan dia pada ketika ini.


Pokok pangkalnya, menurut kenyataan yang dibuat oleh sumber dalaman parti itu, Maria hanya dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menjaga kepentingan anak beranak Wan Azizah semata - mata. Bukannya dia bertanding untuk jaga kebajikan rakyat!!!

Sumber asal: MARIA CHIN, "KUCING" PKR DI PANDAN???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment