Jika sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai seorang ahli politik yang ‘kebal’ menangkis kritikan, namun kini beliau seolah-olah ‘ultra sensitif’ apabila menyentuh kesesuaian usia beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam video dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya semalam, Dr. Mahathir yang mungkin agak terkesan dengan ‘sindiran’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat membalas ‘serangan’ dengan mengatakan Najib takut dengan dirinya sehingga tidak mahu meluluskan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bagaikan cacing kepanasan tidak tahan dikritik, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan berusia 93 tahun itu juga menggunakan gaya politik lapuk dengan ‘menyerang’ Najib sebagai seorang yang sombong dengan kesihatan.
Sedangkan kenyataan Najib sebelum ini bukanlah ‘mengutuk’ jauh sekali mengeluarkan kata-kata kesat, sebaliknya merupakan hujah politik semasa yang disertakan dengan fakta kukuh. Tiada negara dalam dunia memilih seorang pemimpin yang hanya tujuh tahun lagi bakal menjengah usia satu abad!
Menurut bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri dan disebabkan itulah suka mencari salah pemimpin lain termasuk Najib.
“Keperibadian Dr. Mahathir ini jelas berbeza dengan Najib, kalau kita tengok, Najib jarang sekali mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan kerana mungkin naluri beliau yang tidak suka bergaduh.
“Jauh sekali dengan Dr. Mahathir. Bayangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun dia pernah kutuk dengan mengatakan beliau ‘orang tua nyanyuk’, itu sahaja pun kita sudah nampak peribadi sebenar beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pengerusi PPBM dalam video itu dengan ‘bermegah’ turut mengatakan bakal menewaskan Najib dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), malah menuduh pula Perdana Menteri akan menipu untuk terus menguasai Putrajaya.
“Soal umur disebut kononnya saya dah 93 tahun dan tak mungkin boleh jadi Perdana Menteri tapi 93 tahun boleh lagi buat macam-macam, bukan saja naik kuda, pandu kereta, tapi (juga) boleh kalahkan Najib.
“Jangan berasa terlalu sombong dengan umur yang muda, lihatlah kalau tidak kerana tipu awak akan kalah dalam PRU ini. Kalau berani jangan tipu,” ujar beliau.
Sedangkan Najib Khamis lalu tidak pun mempertikaikan ‘kebolehan’ Dr. Mahathir sama ada masih boleh menunggang kuda atau memandu, namun bagaimana seorang yang berusia 93 tahun boleh memahami citarasa generasi muda masa kini. Berbeza dengan kerajaan sekarang yang telah pun mengamalkan kaedah mendengar aspirasi anak muda. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: MAHATHIR ‘HATI TISU’ BILA DISENTUH TENTANG USIA TUANYA?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment