MAK LAMPIR "PASRAH", AZMIN "PUTIH MATA"!!!

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 18 January 2018

MAK LAMPIR "PASRAH", AZMIN "PUTIH MATA"!!!.
Hahaha!!! Kesiannya Si Azmin tu dapat pengikut yang mudah patah semangat macam Si Mak Lampir Zuraidah ni. Baru kena 'Sound' dengan Tun Mahathir, Si Mak Lampir tu dah pasrah?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Mak Lampir tu sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewanya terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan.

Namun, kata Si Mak Lampir tu, dia tidak mampu untuk mengubah keputusan oleh pucuk pimpinan Pakatan dan terpaksa akur walaupun dia tetap membantahnya secara terbuka sebelum ini.
“Keputusan telah dibuat, saya tak boleh buat apapun. Saya nak buat apa? Saya nak bantah pun, nak bantah macam mana? Tak boleh buat apa-apa.
“Itu keputusan parti, jadi saya berorganisasi, saya kena ikut keputusan,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya kawasan Parlimen Ampang yang diwakilinya.
Terdahulu, Si Mak Lampir tu tampil meluahkan rasa kecewa dengan pencalonan Tun Mahathir dengan alasan kononnya keputusan itu membuktikan bahawa perjuangan PKR hanya sia - sia.

Malah, kekecewaan Si Mak Lampir itu juga turut dikongsi oleh PKR Selangor yang mendakwa pencalonan itu memberikan gambaran seolah - olah mereka ketandusan pemimpin muda.


Rata - rata pemimpin PKR Selangor mahu calon Perdana Menteri Pakatan Haprak itu datang dari kalangan mereka sendiri dan menganggap Azmin Ali sebagai calon yang paling layak.

Dari satu sudut, nampak sangat yang perjuangan puak Pakatan Haprak tu selama hari ini hanya sekadar RETORIK semata - mata demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Pakatan hari ini mengambil pendekatan yang sama seperti kata pepatah melayu, bila takde rotan akar pun menjadi. Walaupun hakikatnya diorang tak sokong Tun Mahathir, tapi dek kerana terdesak nak sangat merampas kuasa, terpaksa la diorang jadi Burung Terkukur!!!

Sumber asal: MAK LAMPIR "PASRAH", AZMIN "PUTIH MATA"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment