Lim Guan Eng Cari Pasal, Menyanyi Lagi Sekali Lagu Anti-GST...Gerammm Pemimpinan DAP ni

Posted by Kerah Lekung on Monday 26 March 2018

Lim Guan Eng Cari Pasal, Menyanyi Lagi Sekali Lagu Anti-GST...Gerammm Pemimpinan DAP ni.
Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng sengaja membuat provokasi kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menari dan menyanyi sekali lagi lagu itu dalam satu program pada 23 Mac iaitu hari Jumaat lepas. Kes beliau menari bersama dengan murid-murid di sebuah pangsapuri masih dalam siasatan polis, dia buat hal lagi.

Akhbar China Press memetik Guan Eng sebagai berkata, tindakannya menyanyi lagu itu Sabtu lepas hanya untuk menunjukkan bantahan rakyat ke atas pelaksanaan cukai berkenaan. Provokasi Guan Eng ialah apabila beliau terkejut apabila ada orang menganggp perbuatan itu salah sehingga membuat laporan polis.

“Ini negara apa sebenarnya, nyanyi pun salah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pusat operasi DAP Bagan Dalam.

Sejurus selepas itu, seorang penyokong di bawah pentas meminta Lim menyanyikan lagu GST sekali lagi.

“Hari itu saya nyanyi lagu lawan GST pun tak boleh, dia (polis) nak siasat saya, ingat saya melakukan jenayah ‘besar-besar’.

“Disebabkan ada orang minta nyanyi semula, saya memutuskan untuk mencabar sekali lagi dan menyanyi bagi anda semua dengar. Walaupun mungkin saya akan ditahan dan dipenjarakan, tetapi demi rakyat, saya tidak boleh tak nyanyi.

“Mari kita nyanyi sama-sama, kalau dia (polis) nak dakwa 2 kali pun dakwalah,” kata Guan Eng sombong.

Dalam lagu itu sahaja sudah ada berapa banyak berita palsu yang diletakkan penipuan dengan tujuan mengkritik kerajaan. Dalam ceramahnya juga, Guan Eng sempat memperlekehkan tindakan kerajaan yang mahu menggubal akta mengekang berita palsu.

Setiausaha agung DAP itu turut berseloroh nyanyian tidak sebagus Datuk Siti Nurhaliza dan berharap rakyat boleh menerimanya.

Selesai bercakap, beliau mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyanyi lagu GST mengikut lirik di paparan skrin.

Rabu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata pihaknya akan memanggil Lim dan beberapa individu lain dalam masa terdekat, termasuk mereka yang membuat laporan polis berhubung video itu.

Setakat kelmarin, polis merekodkan keterangan 3 individu dan menerima 4 laporan polis daripada individu, badan bukan kerajaan dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan penyebaran video itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pada 17 Mac lalu, satu video selama 32 saat menunjukkan Lim mengajar sekumpulan kanak-kanak menyanyi mengikut rentak lagu GST, ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat yang diperkenalkan kerajaan negeri. 

Sumber asal: Lim Guan Eng Cari Pasal, Menyanyi Lagi Sekali Lagu Anti-GST...Gerammm Pemimpinan DAP ni

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment