ADAKAH RAKYAT TERLALU DUNGU NAK MEMILIH SI TUA 93 TAHUN SEBAGAI PM?

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 March 2018

ADAKAH RAKYAT TERLALU DUNGU NAK MEMILIH SI TUA 93 TAHUN SEBAGAI PM?.
MENANYAKAN soalan adakah Mahathir terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri, sebetulnya sama dungu dengan soalan bolehkah Asmah (90 tahun) mengandung lagi!!  Semua orang tahu jawapannya walaupun sekadar mendengar soalan itu dengan hanya sebelah telinga.

Buat gelak dek budak-budak saja.  93 tahun dah umur tua kutuk itu, ditanya lagi adakah Mahathir terlalu tua – bodoh macam manakah itu soalannya?  Mahathir, 93 tahun, itu saja dah menjawab soalan memang dia dah tua lah.  Apa punya bengap siapa yang menganjurkan wacana macam itu.

Baru bahas sudut itu saja (umur), belum lagi cerita cacat cela 22 tahun masa jadi Perdana Menteri dulu.  Kalau cerita yang ini, mahu menanah telinga tanpa sebab.

Pengisian pulak hampir semuanya berkisar tentang sama ada Mahathir masih berupaya – bukan terlalu tua.  Kenapa “upaya” pulak perbahasannya bila persoalan yang menjadi isu pokok, “tua”?  Itu yang tak faham tu.  Lainlah kalau tajuk “Masih Berupayakah Mahathir Menjadi Perdana Menteri Di Usia Terlalu Tua Begini?”, barulah kena.

Tapi bagus jugak, bukak mata ramai orang bahawa bukan sikit yang bodoh di Malaysia hari ini – merujuk kepada samdol mana yang menganjurkan wacana dengan tajuk macam itu.

Anyway, kenapa tidak selepas ini buat pulak satu lagi wacana bertajuk Adakah Rakyat Malaysia Terlalu Dungu Untuk Memilih “Mayat Hidup” Sebagai Perdana Menteri?  Kalau rasa tajuk tu sama dengan filem Zombie, “mayat hidup” tu boleh tukar dengan Mahathir – mana mana pun, sama saja maksudnya.

Pokok pangkalnya, kita nak tahu dalam wacana itu (kalau dapat diadakanlah), contoh mana, asas apa orang umur 93 tahun nak diangkat semula jadi Perdana Menteri dan kewajaran untuk rakyat memilih dia.  Nak tahu juga.

Ada tolol penyembah Mahathir kata, sebab tua kutuk tu boleh naik kuda, layaklah dia jadi Perdana Menteri semula.  Eh tolol, dia naik kudalah, bukan kuda naik dia yang kau nak rujuk tu sebagai terer.  Kalau kuda tunggang dia tu, hebatlah juga, menyokonglah hujah dia masih berupaya – tapi tua tetap tua.  Belum pernah dengar lagi muda disamakan dengan naik kuda.

Lagpun muda macam mana? Dahlah 93 tahun, hujan tak boleh kena, ceramah sekejap dah semput, ceramah panjang sikit seminggu masuk IJN, lagi mau cerita banyak.

Sumber asal: ADAKAH RAKYAT TERLALU DUNGU NAK MEMILIH SI TUA 93 TAHUN SEBAGAI PM?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment