#JanjiDitepati - Kenapa Azmin Marah Pasal Rumah Mampu Milik BN Buat?

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 25 March 2018

#JanjiDitepati - Kenapa Azmin Marah Pasal Rumah Mampu Milik BN Buat?.

Dasar Kerajaan BN selama bertahun-tahun adalah memastikan bekalan semua jenis rumah untuk rakyat mencukupi. Tempoh lima tahun terakhir ini menyaksikan pertambahan pembinaan projek rumah mampu milik di negara ini yang dilaksanakan untuk menentukan bekalan rumah berterusan.


Selain membina rumah baharu, masalah unit-unit rumah yang perlu dinaik taraf dan dibaiki juga ditangani oleh Kerajaan BN dengan memberi peruntukan dana RM500 juta. Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk membaiki rumah nelayan di seluruh negara.



Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
  • Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
  • Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan.
  • Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.
  • Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.
  • Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
  • Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet.
  • Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.
Setakat ini, kami telah:

  • Komited membina 23,000 pangsapuri kos rendah dan sederhana,Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik pada 2013.
  • Memperuntukkan RM543 juta untuk 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah.
  • Memulihkan 126 projek perumahan terbengkalai melibatkan 30,000 unit.
  • Menyediakan RM307 juta pada 2012-2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai.
  • Menyediakan kemudahan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada 2013.
  • Memberi pengecualian duti setem sebanyak 50% bagi pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM400,000.







K7L : Rumah kat Selangor harga macam Setan!..

Sumber asal: #JanjiDitepati - Kenapa Azmin Marah Pasal Rumah Mampu Milik BN Buat?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment