“IS THIS A NEW OOTD THING?” – OOTD STOKING KJ TULAR

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 25 March 2018

“IS THIS A NEW OOTD THING?” – OOTD STOKING KJ TULAR.
Penampilan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyarung stoking berlainan warna semalam menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian KJ di Instagram, Khairy atau lebih popular kenali KJ mengenakan stoking berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru, hitam, coklat untuk sebelah lagi.

“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaharu?” katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya.

Menjelaskan berhubung penampilan stokingnya, KJ memaklumkan bahawa ada sebab beliau memilih untuk berpenampilan sebegitu.

“Ia sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun,” katanya.

Kongsinya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza, namun masih indah serta mengagumkan menerusi kaca mata seperti sedia ada.

Dalam pada itu, bersempena hari yang istimewa itu KJ turut mendidikasikan penampilan itu buat anak saudaranya, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.

“Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Sumber asal: “IS THIS A NEW OOTD THING?” – OOTD STOKING KJ TULAR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment