GST: Bukan setakat cawan 'beracun', tetapi minuman 'beracun' bagi rakyat marhaen!

Posted by Kerah Lekung on Sunday 11 March 2018

GST: Bukan setakat cawan 'beracun', tetapi minuman 'beracun' bagi rakyat marhaen!.
* Yang paling merapu dan terangan bohong ialah "Bila GST dilaksanakan harga barang akan turun".
Memang 'barang' (butuh) akan turun sebab suami/lelaki terlalu banyak memikir bagaimana supaya keluarga/anakbini untuk menikmati hidup bahagia tanpa tekanan dengan semua barangan keperluan meningkat dan semuanya mahal. 

Hahaa......aku rasa itu jer barang yang turun! 

Semasa pelaksanaan SST, adakah begini keadaannya?
Cawan beracun oleh pembangkangkang masih belum diberikan tetapi minuman beracun sudah pun, atau sedang kami meminumnya

Manifesto Pakatan umpama ‘cawan beracun’ untuk rakyat, kata Salleh Keruak
TMI · Diterbitkan pada 10 Mar 2018 11:59PM
Mengenai janji pembangkang untuk memperkenalkan semula subsidi petrol, Salleh berkata: “Dari satu segi Pakatan Harapan menentang subsidi, manakala daripada aspek lain mereka mahu subsidi bagi petrol. Kebanyakan ahli ekonomi tidak bersetuju pemberian subsidi bagi petrol.” – Gambar fail The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 Mac, 2018

SALLEH Said Keruak menyamakan manifesto Pakatan Harapan seperti memberikan rakyat “cawan beracun” untuk minuman, serta bagaikan meraih untung dalam jangka pendek tetapi menanggung derita dalam jangka panjang.

“Seperti ungkapan di Amerika, tiada benda seperti  makan tengah hari percuma. Siapa saja, dan di mana saja kena membayarnya. Dan manifesto Pakatan Harapan bermakna generasi akan datang harus menanggung akibat daripada kesilapan yang dilakukan generasi sekarang,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam catatan di blog, sskeruak.blogsport.my.

Mengenai janji pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika mereka memegang tampuk kepimpinan dan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau berkata tidak ada penjelasan mengenai berapa banyak pendapatan yang akan mereka peroleh untuk menggantikan kehilangan RM40 bilion jika GST dihapuskan.

“Di manakah pendapatan alternatif yang diperlukan untuk membayar barang dan perkhidmatan serta membangunkan negara? Berapakah hasil yang disumbangkan oleh SST?

“Menghapuskan GST bukanlah isu. Isunya ialah tiada penjelasan mengenai SST, yang biasanya lebih tinggi daripada GST,” katanya.

Mengenai janji pembangkang untuk memperkenalkan semula subsidi petrol, Salleh berkata: “Dari satu segi Pakatan Harapan menentang subsidi, manakala daripada aspek lain mereka mahu subsidi bagi petrol. Kebanyakan ahli ekonomi tidak bersetuju pemberian subsidi bagi petrol.”

Menteri itu berkata manifesto itu hanya semata-mata bertujuan memancing undi.

“Sama seperti janji mereka pada 2008 apabila mahu menghapuskan tol lebuh raya tetapi selepas 10 tahun memerintah, masih tidak menghapuskan caj tol bagi lebuh raya di Selangor.

“Menghapuskan caj tol bagi lebuh raya bermakna kerajaan Selangor perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada pemegang konsesi setiap tahun, dan dari segi ekonomi ini adalah mustahil,” katanya. – Bernama, 10 Mac, 2018.

Sumber asal: GST: Bukan setakat cawan 'beracun', tetapi minuman 'beracun' bagi rakyat marhaen!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment