@DrRaisYatim Kantoi Tak Hafal Rukun Negara? Belajar Dengan @Tunfaisal #KamiSemuaTaliBarut

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 18 March 2018

@DrRaisYatim Kantoi Tak Hafal Rukun Negara? Belajar Dengan @Tunfaisal #KamiSemuaTaliBarut.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. 

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Jadi kalau Rais Yatim tak faham jangan sebut. Nak jawatan apa lagi?

K7L : #KamiSemuaTaliBarut

Sumber asal: @DrRaisYatim Kantoi Tak Hafal Rukun Negara? Belajar Dengan @Tunfaisal #KamiSemuaTaliBarut

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment