DR MAHATHIR SEMAKIN TERDESAK MAHU MENANG BERTANDING TIKET DAP

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 15 March 2018

DR MAHATHIR SEMAKIN TERDESAK MAHU MENANG BERTANDING TIKET DAP.
Pengerusi Parti Pribumi Ber­satu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan semakin terdesak untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket DAP jika pendaftaran partinya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sekali gus mengesahkan dakwaan berhubung kemungkinan beliau meng­gunakan taktik itu semata-mata untuk me­rea­lisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri sementara.

“Saya terbuka mengenai isu ini, malah saya boleh bertanding atas tiket parti DAP juga. Mungkin menjadi Presiden DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas mem­­pengerusikan Mesyuarat Maj­­­lis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAN, Mohamad Sa­bu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau diminta mengulas tentang kemungkinan calon-calon da­ripada PPBM sanggup bertan­ding atas tiket mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam PRU-14 sekiranya PPBM terpaksa dibubarkan.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zar­kashi mendakwa Dr. Mahathir mungkin mengambil tindakan itu kerana tidak yakin untuk bertan­ding atas logo PPBM yang didakwa tidak mempunyai kekuatan akar umbi, khususnya dalam kalangan orang Melayu.

PPBM berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh ROS berikutan kegagalan kepemimpinannya menyelesaikan masalah dalaman parti itu termasuk Me­s­yuarat Agung Tahunan (AGM) PPBM yang dipertikaikan oleh ahli-ahli akar umbinya sendiri.

Sikap kepemimpinan PPBM yang tidak mempedulikan suara akar umbinya sendiri telah menyebabkan ramai ahli-ahli parti itu mengemukakan aduan berhu­bung perlanggaran Perlembagaan PPBM kepada ROS.

Masalah dalaman PPBM yang berpanjangan sejak awal penubuhannya turut menjejaskan usaha Pakatan Harapan diketuai DAP untuk bertanding menggunakan satu logo dalam PRU-14.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, Dr. Mahathir mengakui peluang PPBM bertanding atas tiket sendiri dalam PRU-14 akan terjejas dengan kemelut parti itu.

“Ya, sekiranya mereka (ROS) tidak luluskan, ia sedikit sebanyak akan menyusahkan namun kami tetap berkempen sebagai Pa­katan Harapan,” katanya.

Sumber asal: DR MAHATHIR SEMAKIN TERDESAK MAHU MENANG BERTANDING TIKET DAP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment