AGENDA JAHAT USUL DI PARLIMEN SWISS GAGAL , BUKTI JELAS TIADA DUIT 1MDB HILANG .
Semakin hampir PRU14 , serangan FITNAH PRU14 semakin digunakan seperti mana PRU13 bagi menjatuhkan kerajaan BN walaupun dengan menipu dan memperbodohkan penyokong mereka .
Isu 1MDB adalah IBARAT NYAWA MAHATHIR KING OF U TURN untuk menjatuhkan Najib . Walaupun sudah dijawab berulang kali bahawa 1 sen wang 1MDB tidak hilang , mereka akan terus menipu dan menipu penyokong mereka dan mengelirukan rakyat. Jet , lukisan , kapal layar bukan 1MDB punya . Kenapa bahalol -bahalol ini masih tak faham ??
Hari ini agenda jahat mereka menggunakan campur tangan asing digunakan di Parlimen Swiss tetapi kebenaran mengatasi kebatilan di mana mereka tewas !!
Apa maknanya ?? Ini bukti bahawa tiada WANG 1MDB HILANG !!
Persoalannya , tujuan pengarah NGO BERSIH haram - C4 Center to Combat Corruption and Cronyism - Cynthia Gabriel yang dilihat hadir bersama pembangkang Switzerland’s. juga dilihat adalah Director of Global Bersih Bala Chelliah serta Lukas Straumann - director of bruno Manser Fund yang disyaki terlibat di dalam usaha menjatuhkan Taib Mahmud Mahmod di Sarawak dan funder kepada portal Sarawak report.
KENYATAAN AKHBAR
PETISYEN KEPADA PARLIMEN SWITZERLAND UNTUK PEMULANGAN CHF104 JUTA YANG DIKAITKAN KEPADA 1MDB
Berikutan laporan surat pemimpin pembangkang, YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan YB Lim Kit Siang yang dihantar kepada Ahli Parlimen Switzerland untuk melobi untuk memulangkan wang berjumlah 104 juta Swiss Franc (CHF) yang dipegang oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland ("FINMA") yang didakwa berkaitan dengan 1MDB, Kementerian Kewangan (“MOF") ingin menjelaskan perkara berikut: -
1. MOF menyangkal tuduhan yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang, dalam suratnya yang dialamatkan kepada 154 Ahli Parlimen Switzerland, di mana beliau mendakwa aset 1MDB telah disalahgunakan. 1MDB telah memaklumkan kepada MOF dalam satu siri pertanyaan yang dibuat oleh MOF bahawa sebarang tuduhan terhadap asetnya yang dicuri atau disalahgunakan sama ada di dalam atau di luar negara adalah tidak benar sama sekali dan bermotivasikan politik.
2. Berdasarkan pengetahuan MOF, FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland berikutan aduan bahawa bank-bank ini telah melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Switzerland dan mengaut untung secara haram dari beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi ke dalam hubungan perniagaan dan transaksi, yang disifatkan sebagai menjadi kesalahan serius di bawah undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland.
3. Kami diberitahu bahawa CHF104 juta itu sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland dan oleh itu, CHF104 juta itu bukan wang milik Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitannya.
4. Kami juga telah diberitahu bahawa pengenaan denda itu telah dipertikaikan oleh pelbagai bank Switzerland dan mereka kini sedang merayu kepada Mahkamah Switzerland supaya bank-bank itu dilepaskan daripada sebarang kesalahan.
5. Memandangkan pelbagai pemeriksaan dan audit yang dijalankan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan di Malaysia termasuk PAC, SPRM, Polis Diraja Malaysia, AG dan agensi berkaitan lain tidak menunjukkan atau mengesan sebarang dana yang hilang dari 1MDB, Kementerian mendapati sukar untuk mengambil sebarang kedudukan untuk membuat tuntutan daripada Kerajaan Switzerland kerana wang itu bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh YB Dr. Wan Azizah dan YB Lim Kit Siang dalam surat mereka kepada Ahli Parlimen Switzerland.
KEMENTERIAN KEWANGAN, MALAYSIA
Sumber asal: AGENDA JAHAT USUL DI PARLIMEN SWISS GAGAL , BUKTI JELAS TIADA DUIT 1MDB HILANG
Home » Generasi Pejuang Bangsa » AGENDA JAHAT USUL DI PARLIMEN SWISS GAGAL , BUKTI JELAS TIADA DUIT 1MDB HILANG
AGENDA JAHAT USUL DI PARLIMEN SWISS GAGAL , BUKTI JELAS TIADA DUIT 1MDB HILANG
Posted by Kerah Lekung on Thursday, 15 March 2018
Labels:
Generasi Pejuang Bangsa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment