AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

Posted by Kerah Lekung on Friday, 23 March 2018

AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR.
OLEH : DR. NOVANDRI HASAN BASRI

Isu air Selangor benar-benar telah menyebabkan Datuk Mohamed Azmin Ali berasa amat tertekan dan defensif. Lebih jelas lagi apabila beliau tidak professional malah melenting semasa berucap di Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Dengan nada tinggi, Azmin Ali cuba menjelaskan kepada hadirin bahwa air di empangan-empangan sangat mencukupi hampir 100% bukannya 0%.

Tahap melentingnya amat jelas apabila beliau juga mahu mencampak Menteri dan Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ke dalam empangan sebagai untuk buktikan air di empangan Selangor adalah mencukupi.

Kenyataan dangkal Azmin Ali itu telah menjadi bahan jenaka rakyat kerana dakwaan beliau itu tidak benar dan amat memalukan. Penulis tidak pasti penasihat Azmin Ali mana satu yang memberi input bodoh lagi tidak benar hingga menyebabkan Azmin tampak begitu daif ilmu dan serkap jarang. Sungguh memalukan.

“Nampaknya sukar untuk menyelesaikan krisis air di Lembah Klang. Pentadbiran negeri yang membekalkan air ke Lembah Klang masih belum jelas beza antara isu air mentah dengan air terawat! Macam manalah saya nak bantu nak selesaikan masalah air!,” kata Zaini Ujang.

Rakyat perlu tahu bahawa kesan margin simpanan bekalan air di Selangor berada pada kadar 0% bermaksud air terawat yang dihasilkan digunakan sepenuhnya tanpa ada simpanan langsung. Keadaan ini adalah tidak baik untuk memastikan jaminan akses kepada bekalan air khususnya semasa kecemasan seperti mana berlaku baru-baru ini.

Melucukan apabila Azmin tidak tahu membezakan di antara air mentah (dalam empangan) dengan air terawat (di luar empangan) yang akan disalurkan kepada rakyat. Malah ada yang berseloroh minta Azmin Ali sendiri yang terjun dalam empangan.

Yang pastinya, rakyat Selangor telah dizalimi serta terpaksa menanggung perit dan seksa disebabkan oleh ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor. Kerajaan PKR ini akan ditolak oleh rakyat Selangor pada PRU14 nanti.

Sumber asal: AZMIN JADI BAHAN LAWAK SATU MALAYSIA, TIDAK FAHAM BEZA AIR

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment