Dulu cakap lain dan sekarang cakap lain. Ia semacam dah jadi tabiat Tun Dr Mahathir Mohamad sejak masok kolam pembangkang. Rupa-rupanya semasa berkuasa dulu beliau tak pernah setuju dengan cadangan menetapkan gaji minima. Tetapi kali ini bersetuju pula apabila ia dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang.
Ini didedahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa ketika menjadi panel program diskusi Anda Tanya Kita Jawab bertajuk "Kenapa Manifesto Pembangkang Ditalkinkan Awal" anjuran UMNO Online dan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.
Annuar berkata semasa beliau berada dalam kabinet Mahathir, cadangan mewujudkan gaji minima antara perkara yang paling tidak disukai mantan Perdana Menteri itu. Tetapi kini beliau U-turn sekali lagi apabila mempersetujui cadangan itu dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang.
“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, seingat saya Mahathir akan tolak sebarang cadangan untuk menetapkan gaji minima. Ini kerana menurutnya, jika kita mula menetapkan gaji minima, maka gaji minima itu akan sentiasa naik dan naik, dan ini akan menyebabkan kos menjadi lebih tinggi.
“Sekarang ini pula, apabila dia bersetuju dengan manifesto pakatan pembangkang untuk meletakkan gaji minima, saya fikir ini satu percubaan populis, sebab semua orang mahu gaji yang tinggi ini,” kata Annuar.
Turut menjadi panel program diskusi berkenaan ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan.
Mengulas mengenai cadangan menghapuskan bayaran balik PTPTN yang turut termasuk dalam manifesto pembangkang, Annuar berkata ia tidak realistik.
Katanya skim pembiayaan PTPTN ini telah dilaksanakan sejak zaman Mahathir kerana ketika itu bilangan pelajar yang berjaya masuk universiti terlalu ramai.
Katanya apabila ramai pelajar gagal mendapat biasiawa, kerajaan memutuskan mewujudkan skim PTPTN untuk memberi peluang kepada mereka membuat pinjaman.
“Sepanjang skim PTPTN ini diwujudkan, saya tak nampak seorang pelajar di negara ini dipenjarakan kerana tak bayar balik wang pinjaman PTPTN itu. Malah mana-mana pelajar yang cemerlang, pinjaman PTPTN mereka itu ditukar kepada biasiswa.
“Contohnya macam pinjaman pelajaran MARA. Namanya pinjaman, tapi bila habis belajar, tulis surat sekeping minta pengecualian.
"Ada yang sampai 80 peratus pinjaman dikecualikan, tinggal 20 peratus pinjaman. Baki 20 peratus itu pula boleh dibayar hingga tempoh 25 tahun. Ada yang hanya bayar RM 50 sebulan saja,” katanya.
Annuar mengibaratkan manifesto pakatan harapan umpama menghidangkan buah-buahan di atas dulang emas kepada rakyat.
“Sedangkan manifesto kerajaan BN pula bukan soal buahnya saja, tetapi kita mengajak rakyat untuk menanam pokok dan berkebun dengannya supaya untuk kita menuai hasilnya dalam jangkamasa yang panjang.
“Manifesto ini mesti realistik, sesuai dengan keadaan semasa dan mesti membuahkan hasil dalam jangkamasa yang panjang. Itulah manifesto.
"Tetapi pembangkang hanya sekadar menawarkan apa yang rakyat mahu. Contohnya rakyat suka makan epal, mereka berikan epal. Kalau suka makan durian, maka mereka tawarkan durian. Tapi di mana kebunnya, di mana pokoknya kita tidak tahu," katanya.
Annuar berkata manifesto BN yang akan diumumkan pada 7 April ini sudah pasti lebih baik dan realistik daripada manifesto pakatan pembangkang.

Sumber asal: Annuar dedah satu lagi U-turn Dr Mahathir.…Umur Dah Lanjut Lagi Masih Kuat Berbohong
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment