Salleh bidas sandiwara pembangkang dalam usaha kekang berita palsu…

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

Salleh bidas sandiwara pembangkang dalam usaha kekang berita palsu….
Ini fakta…soal berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang.Lihat saja saman menyaman di mahkamah yang turut libatkan pimpinan pembangkang yang dakwa kena fitnah.

Namun apa yang pelik bila kerajaan hendak adakan undang-undang cegah berita palsu mereka pula memekak dakwa kononnya ia tujuan politik untuk kepentingan kerajaan.

Inilah senarionya ketika semakin ramai mendesak langkah serius diambil untuk tangani gejala yang boleh jejas ketenteraam awam dan politik.

Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sepatutnya harus ada usaha bersama untuk menentukan agar berita palsu ini dapat diatasi.

Serentak dengan itu beliau membidas sandiwara kenyataan pihak pembangkang yang mendakwa penggubalan undang-undang mengekang berita palsu adalah demi kepentingan politik kerajaan pemerintah semata-mata.

"Kadang-kala ada salah faham seolah-olah apabila kita wujudkan undang-undang baharu ini, kita akan menggunakannya demi kepentingan politik semata-mata, itu tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau menyatakan demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepemimpinan Kebangsaan (NALS) 2018 di Kuala Lumpur Ahad.

Beliau berkata jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang itu yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengambil kira pendapat seramai mungkin untuk menentukan undang-undang yang diluluskan di Parlimen kelak mendapat persetujuan semua pihak.

"Soal berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang dan rakyat biasa. Kita harus sama-sama menentukan agar berita palsu ini dapat kita atasi," jelasnya.

Beliau diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa berkemungkinan besar pihak berkuasa akan menggunakan undang-undang tersebut untuk dijadikan 'senjata' bagi menganiaya seteru politik.

Salleh menjelaskan penggubalan undang-undang baharu itu bukan untuk mengongkong mereka yang ingin mengkritik atau memberi pendapat mengenai kerajaan.

Kita alu-alukan (perkara ini). Kita boleh lihat sekarang di media sosial, parti pembangkang dan pemimpinnya bebas untuk memberi pandangan dan pendapat, tidak ada sekatan pun.

Tetapi apa yang berlaku, kalau kita tidak kawal soal berita palsu ini, ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, itu yang ingin kita beri keutamaan, katanya.

Salleh berkata beliau yakin jawatankuasa khas tersebut akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk mereka yang berlainan ideologi politik.

Bertemakan 'Kebangkitan Belia: Penjelmaan Ideal Malaysia', NALS 2018 menjadi platform untuk peserta terlibat dalam sesi dialog dengan pemimpin, tokoh masyarakat dan pemimpin belia dari seluruh negara.

Edisi keenam ini menyaksikan penglibatan lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara terdiri daripada golongan profesional muda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumber asal: Salleh bidas sandiwara pembangkang dalam usaha kekang berita palsu…

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment