Retak menanti belah... pemimpin DAP Selangor 'hentam' Azmin

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

Retak menanti belah... pemimpin DAP Selangor 'hentam' Azmin.
Pemimpin DAP Selangor mengkritik Datuk Seri Azmin Ali secara terbuka selepas Pengerusi PH Selangor itu mendakwa parti PAN berbohong dalam isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liew (kiri sekali) merujuk kepada laporan media di mana Azmin berkata PAN tidak amanah kerana mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebook semalam.

“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu.”

Selain Amanah negeri, DAP Selangor berkata mereka juga tidak tahu 80% kerusi sudah diputuskan.

“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas PAN dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.

Sumber asal: Retak menanti belah... pemimpin DAP Selangor 'hentam' Azmin

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment