Parlimen Shah Alam dijangka menyaksikan pertembungan menarik pada Pilihanraya Umum Ke-14 membabitkan dua ‘Khalid’ dan seorang Menteri Besar.
Cakap-cakap semakin kuat mengatakan selain penyandang semasa kerusi itu Khalid Samad dari Parti Amanah Negara (PAN), PAS juga mencari-cari calon sesuai yang menjurus kepada bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini wakil bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Abdul Khalid Ibrahim kini wakil Parlimen Bandar Tun Razak.
Menambah ‘meriah’ apabila nama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini mewakili Parlimen Gombak juga disebut-sebut akan berhijrah ke Shah Alam.
Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.
Katanya, jika bekas Menteri Besar Selangor itu berhasrat untuk bertanding di Shah Alam, ia dianggap sudah tidak lagi relevan.
“PAS tidak ada calon yang meyakinkan sebab itu Abdul Khalid mungkin menjadi calon untuk parti mereka.
“Jika berlaku pertembungan ini, tekanan akan lebih kepada dua Khalid (Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid Samad) yang dikategorikan sebagai ‘heavyweight’.
“Seterusnya, ia akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN jika perkara itu (pertandingan tiga penjuru atau lebih) berlaku namun saya tidak mahu dilihat terlalu yakin,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan jika kedua-dua Khalid bertanding di kawasan Parlimen sama.
Mengenai kemungkinan Mohamed Azmin yang disebut-sebut akan bertanding di Shah Alam mewakili Pakatan Harapan, Azhari berkata ia adalah satu tindakan orang yang penakut.
“Azmin nak lari dari Gombak sebab takut kalah. Orang Shah Alam sedar akan hal berkenaan dan mereka tidak mahu lagi calon transit,” katanya.
Sementara itu, koordinator BN DUN Kota Anggerik, Datuk Nor Hisham Ses, berkata pihaknya tidak gentar jika ada kemungkinan dua Khalid itu akan bertanding di Parlimen Shah Alam
“Seorang daripadanya sudah ini ditolak oleh pengundi Shah Alam kerana tiada sumbangan besar untuk masyarakat manakala seorang lagi calon payung terjun.
“Jika mewakili PAS pun ia tidak menepati citarasa pengundi di Shah Alam,” katanya.
Beliau berkata selama empat tahun ini pihaknya hanya fokus untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dalam banyak perkara bukan hanya sibuk berpolitik tanpa menghiraukan tanggungjawab dan sumbangan yang sepatutnya dipikul ahli parlimen dan ADUN kawasan itu.
“Akhirnya pengundi akan menilai yang mana boleh memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat,” katanya.
Jumaat lalu, sebuah portal berita melaporkan PRU-14 akan menyaksikan kemungkinan dua Khalid bertembung di Parlimen Shah Alam.
Ia susulan kenyataan Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk berkempen bagi PAS, yang dahulu menyokongnya ketika PKR mengarahkannya meletakkan jawatan berikutan pilihan raya kecil dinamakan “Langkah Kajang”.
Pada masa sama, nama Mohamed Azmin juga mulai disebut sejak akhir-akhir ini akan bertanding di Shah Alam.

Sumber asal: PERTEMBUNGAN PALING MENARIK PADA PRU14 INI ADALAH DI SHAH ALAM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment