PAN Selangor menyifatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti ‘badut’ selain tidak layak memegang jawatan menteri besar dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu kerana berdolak-dalik mengenai rundingan kerusi pilihan raya umum di negeri berkenaan.
Pengerusinya, Izham Hashim turut menafikan dakwaan mereka berbohong dan pernah berunding mengenai kerusi di negeri tersebut sedangkan tidak berlaku sebarang rundingan mengenainya.
“Tidak ada (rundingan kerusi). Dia ini badut. Bila masa kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya yang dipetik daripada portal propembangkang, Malaysiakini di sini hari ini.
Mohamed Azmin sebelum ini mendakwa PAN berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk sedangkan mereka sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudah pun diputuskan.
Dalam pada itu, Izham memberitahu, PAN sudah menghantar surat rasmi kepada Mohamed Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Selangor supaya mengadakan mesyuarat khas bagi perkara berkenaan, namun sehingga kini ia masih belum dijalankan.
“Nak jadi Pengerusi Pakatan Harapan Selangor kena bijak. Jujur sebenarnya beliau tidak fit untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini. Mesyuarat tidak panggil, kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya.
Izham berkata, pihaknya pernah menjalankan mesyuarat sebelum ini, tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya umum seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Beliau memberitahu, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Utusan

Sumber asal: PAN ANGGAP AZMIN ‘BADUT’....MARAH SANGAT TU PADA AZMIN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment