Padelah selok pun, puok tok lebai kecek jah berdegar-degar agok-agok rutuh bukit marok!

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 4 February 2018

Padelah selok pun, puok tok lebai kecek jah berdegar-degar agok-agok rutuh bukit marok!.
Kelantan tidak terima kemasukan pelaburan asing tiga tahun berturut-turut - Mustapa
Muhafandi Muhamad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 04, 2018 13:58 MYT
Menurut Mustapa sebelum ini terdapat beberapa buah syarikat asing yang berminat untuk membuka kilang simen di Kelantan dengan cadangan pelaburan melebihi RM1 bilion

KOTA BHARU: Negeri Kelantan tidak menerima kemasukkan pelaburan asing selama tiga tahun berturut-turut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed  yang mendedahkan perkara itu berkata pada tahun lepas, jumlah pelaburan (tempatan) yang dicatatkan hanya RM4.2 juta.

Kata Mustapa, Kelantan jika dibandingkan dengan negeri lain adalah negeri erendah menerima kemasukan pelaburan yang disebabkan permasalahan  seperti kemudahan bekalan air bersih, jalan raya, infrastruktur dan sebagainya.

“Kita ada kekangan kualiti air kita harap ambil perhatian, satu masa dulu mutu bekalan air kerana kilang hendak air, kedua mutu air tu penting,” kata beliau yang bercakap di sidang media selepas majlis memeterai perjanjian usahasama pelaburan di antara A Bio dan Ain Medicare Sdn Bhd di sini hari ini.

Mustapa menjelaskan kemudahan tersebut menjadi keutamaan kepada pelabur memilih negeri yang sesuai untuk bertapak.

Katanya sebelum ini terdapat beberapa buah syarikat asing yang berminat untuk membuka kilang simen di Kelantan dengan cadangan pelaburan melebihi RM1 bilion.

Namun disebabkan masalah termasuk di pihak syarikat berkenaan projek berkenaan tidak diteruskan.

Untuk itu katanya Barisan Nasional (BN) Kelantan melalui manisfesto Pilihan Raya Umum ke 14 turut menggariskan beberapa langkah untuk merancakkan kemasukan pelaburan ke Kelantan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kelantan juga sering kali berbincang dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sumber asal: Padelah selok pun, puok tok lebai kecek jah berdegar-degar agok-agok rutuh bukit marok!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment