Tindakan pembangkang yang menimbulkan isu secara bermusim terutamanya menjelang pilihan raya umum (PRU), dibidas oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, beliau mengesa rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang kerana kerajaan sentiasa melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi untuk kebaikan semua.
Najib turut merujuk tindakan pembangkang memainkan isu berkaitan kewujudan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng yang kononnya tidak selamat kepada penduduk.
“Sedangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sudah sahkan ia selamat dan selepas habis pilihan raya, iaitu lima tahun, isu itu senyap dan lesu sama sekali kerana ia hanya digunakan untuk tipu kita.
“Begitu juga dengan isu berkaitan bekalan elektrik terputus di Bentong, sedangkan proses pengundian tamat selepas jam 5 petang dan undian boleh dilakukan kerana keadaan pada masa itu masih cerah,” katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Estet Ikan Paya Kampung Chempaka, Lanchang di Temerloh, Ahad.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri seterusnya berharap masyarakat akan terus menyokong dan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan sedia ada bagi membolehkan lebih banyak program membantu rakyat dilaksanakan.
“Kita perlukan kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kita kuat, baru kita boleh meneruskan usaha membantu rakyat. Kita boleh beri kata dua kepada sesiapa yang tidak menghormati kita,” katanya.
Sementara itu, Najib turut menyelar tindakan pembangkang, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan beberapa wakil Kesatuan Eropah (EU) di ibu negara minggu lalu untuk membuat aduan berhubung sistem pilihan raya negara yang diamalkan selama ini.
“Itulah sistem yang mengangkat Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Baharu sekarang dia nak mengadu, kata sistem tidak adil.
“Kalau tidak adil, sepatutnya dari dulu lagi sudah membuat aduan,” katanya.

Sumber asal: Najib: Kenapa baharu sekarang Mahathir mengadu?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment