Bukan Selangor sahaja yang berdepan dengan kemelut pembahagian kerusi antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan tetapi juga di Pulau Pinang.
Kedua-dua negeri itu merupakan negeri yang dikuasai oleh PKR dan DAP.
Walaupun 'gempak sakan' konon PH sudah selesai pembahagian kerusi baru-baru ini, hakikatnya itu hanya 'pemanis kata', masalah di peringkat akar umbi jauh lebuh buruk dari yang dijangka.
Ahad malam konvensyen PH Pulau Pinang gagal untuk memuktamadkan pembahagian kerusi di negeri utama pembangkang itu.
Sebaliknya, ahli-ahli pembangkang yang hadir konvensyen itu diingatkan supaya bersetuju dengan keputusan pembahagian kerusi DUN yang dibuat pucuk pimpinan parti.
Malah, sepanjang hampir setengah jam ucapannya, Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad hanya menekankan betapa pentingnya untuk penyokong pembangkang tidak membantah keputusan pembahagian kerusi yang ditetapkan pucuk pimpinan.
"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain
"Parti lain pun kecewa sebab tidak dapat semua kawasan yang dituntut," katanya.
Kenyataan Mahathir itu seolah-olah memperkuatkan lagi desas-desus PH yang diketuai DAP di Pulau Pinang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi DUN negeri ini.
Difahamkan, sebanyak 11 kerusi DUN yang merupakan majoriti pengundi Melayu ketika ini menjadi rebutan antara Parti PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR ketika ini.
Jika berdasarkan andaian Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding di semua kerusi yang ditinggalkan PAS iaitu lima kerusi, ini bermakna PPBM dan PKR perlu berkongsi enam lagi kerusi dengan majoriti Melayu.
Bagaimanapun, difahamkan PPBM menuntut lebih banyak kerusi di Pulau Pinag sekali gus menyebabkan PKR terpaksa melepaskan 10 kerusi sedia ada mereka iaitu sesuatu yang sukar dipersetujui pucuk pimpinan PKR ketika ini.
Sebelum ini perbalahan antara PKR dan rakan pakatannya di Selangor tercetus apabila PAN mendesak Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya segera memuktamadkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi DUN yang sehingga kini tertangguh tetapi desakan itu tidak disenangi Menteri Besar tersebut yang kemudiannya menuduh PAN tidak amanah.
Tuduhan Azmin tersebut bagaimanapun segera dibalas Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim dengan menyifatkan beliau sebagai'badut' dan bermula daripada itu, pemimpin PAN, DAP serta PKR saling berbalas kenyataan dan menyerang antara satu sama lain.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu pula menganggap Azmin tidak layak menjadi Pengerusi PH Selangor.
“Amanah (PAN) yang tidak amanah? Amanah yang menipu? Tolonglah Menteri Besar, jangan fikir kami semua (termasuk Tun Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik.
“Sekarang semua orang dalam Pakatan Harapan tahu siapa kamu. Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie sebagaimana dipetik dari laman Facebook miliknya semalam.

Sumber asal: Baru Tubuh PPBM Nak Lebih...Siapa Tak Marah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment