Kalau dilihat dari satu sudut, memang itu yang sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri tu pada ketika ini apabila ada sekumpulan pengikut Pakatan melancarkan kempen #UndiRosak.
Nak pulak dari kalangan pengikut PKR dan DAPigs yang menganggap keputusan pucuk pimpinan mereka yang mencalonkan Tun Mahathir itu sebagai Pengkhianat perjuangan parti.
Mereka melancarkan kempen tersebut sebagai satu bentuk manifestasi serta luahan rasa kecewa dan ketidak-puasan hati terhadap pencalonan yang dibuat oleh pucuk pimpinan atasan.
Dan dek kerana kempen itu juga membuatkan Tun Mahathir sendiri mula muak dengan permainan Politik pengikut kedua - dua parti tersebut yang menjadi dalang kempen #UndiRosak.
Malah kesan kempen #UndiRosak terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri memang cukup hebat sehingga dia mula menjadi cuak dan menyalahkan orang lain secara membabi - buta.
Namun, perkara itu tidak menghairankan. Seperti mana yang dijelaskan oleh seorang Pakar Psikologi, kesan terhadap 'Pembulian Siber' ini lebih memang menyakitkan berbanding 'Buli Biasa'.
“Setiap jenis buli memberikan kesan yang berbeza. Bagaimanapun, ada kes di mana buli siber boleh memberi kesan pada mangsa seburuk atau lebih buruk daripada buli berdepan.
“Kadang-kadang pemangsa menyembunyikan identitinya, menyebabkan mangsa sukar melawan atau mempertahankan diri. Tambahan pula, mungkin lebih daripada seorang yang membuli. Mungkin 20 atau 50 orang turut serta.”
Maka tidak hairan la kenapa Tun Mahathir yang selama ini dilihat tenang menghadapi sebarang situasi mula cuak tak tentu arah dan menuduh kononnya kempen #UndiRosak itu didalangi oleh UMNO sedangkan kempen tu berpunca dari kalangan puak Pakatan sendiri!!!
Sumber asal: TUN M JADI MANGSA "BULI SIBER" #UNDIROSAK!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment