BAFIA : MAHATHIR HARAP RAFIZI TABAH

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 15 February 2018

BAFIA : MAHATHIR HARAP RAFIZI TABAH.
ekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan tidak kecewa kerana dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

“Rafizi kuatkan semangat jangan berasa kecewa. Berjuang mengambil masa. Mungkin menang, mungkin kalah,” katanya dalam satu rakaman video pada Isnin.

Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan hukuman ke atasnya sehingga keputusan rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000.


Sumber asal: BAFIA : MAHATHIR HARAP RAFIZI TABAH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment