Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menjelaskan tindakan kerajaan negeri memberikan dua bidang tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat.
Desakan berikutan syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd, berjaya memperoleh tanah daripada kerajaan negeri sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat.
CYBERJAYA : Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menjelaskan isu penjualan tanah peneroka di Ijok kepada dua syarikat swasta di mana menurut beliau, terdapatnya beberapa perkara yang berlaku di luar kebiasaan berhubung isu pembelian tersebut. Menurut Rahman, di zaman pemerintahan Tan Sri Khalid ibrahim, tanah yang dibeli oleh dua syarikat, iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development sebenarnya telah pun dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri ekoran dua syarikat tersebut telah melanggar beberapa perjanjian antaranya ialah tidak melaksanakan projek perumahan dan tidak membayar pampasan kepada peneroka selama 10 tahun.
Sumber asal: TANAH RM1.8 BILLION DI IJOK SELANGOR TERGADAI KEPADA 2 SYARIKAT DI BAWAH AZMIN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment