Tenungan makrifat Dr. M berhadapan Prof tu.....

Posted by Kerah Lekung on Friday, 23 March 2018

Tenungan makrifat Dr. M berhadapan Prof tu......
TENUNGAN MAKRIFAT – USAHA BURUKKAN IMEJ TUN DR MAHATHIR TERKANJAL !
Posted on March 22, 2018
Profesor ini bukan main hebat kutuk Tun Dr Mahathir Adakah pemimpin berumur 92 tahun layak menjadi Perdana Menteri? 

Tun M datang bersemuka dalam forum yang memperkatakan hal dirinya. Kenapa beliau pula jadi tergamam hilang fokus berhadapan dengan seorang pemimpin tua yang dikutuknya itu?

Beliau tua dari segi tubuh badan tetapi masih sihat, boleh berjalan tanpa tongkat. Fikiran masih tajam, boleh berhujah dan tidak ketinggalan zaman. 

Dunia sedang memperhatikan kebijaksanaan dan kematangan pemimpin genius ini dalam menangani kemelut dan masalah negara yang diakibatkan oleh pemimpin yang lebih muda DS Najib Tun Abdul Razak. 

Jika Tun Razak masih hidup umurnya kini 96 tahun. Bezanya tidaklah berapa jauh daripada Tun Razak hanya 4 tahun sahaja. Justeru ini adalah satu satunya pemimpin terhebat dunia. Satu anugerah Allah untuk bumi dan rakyat Malaysia. 

Nampaknya rancangan yang diatur  untuk mengaib dan menempelak  Tun gagal. Beliau dapat memintas niat jahat tersebut tepat pada masanya. - sumber

* Hii...hii....baca N3 ni aku tersenyum, sara nak gelak tapi apa orang akan kata kalau mendengar aku gelak sorang-sorang nanti. Memang sekarang ni aku duduk sorang-sorang kat rumah di KB ni. Isteri aku di KL rumah anak dah dua tahun lebih. Aku yang berulang alik KB-KL.

Korang tengoklah bahasa tubuhnya tu bila menerima tenungan makrifat Dr. Mahathir. Kalau ada video lagi bagus. Boleh tengok gelagat sepenuhnya. Agaknya apa yang tersarang dalam hati dan benaknya ketika itu?.

Sumber asal: Tenungan makrifat Dr. M berhadapan Prof tu.....

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment