ALOR SETAR – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah tidak dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi termasuk disebabkan gagal mencatatkan keputusan cemerlang adalah salah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kononnya Perdana Menteri yang sepatutnya berfikir dan mengeluarkan buah fikiran untuk menguruskan masa depan mereka, bukan lepasan SPM terbabit sendiri.
“PM Najib Razak seharusnya berfikir dan mengeluarkan buah fikiran untuk kerajaan Kedah mengurus masa depan anak muda lepasan SPM di Kedah yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat diploma atau ijazah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian gara-gara sakit hati dengan pengumuman Perdana Menteri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ( LTSAH) sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Najib baru-baru ini mengumumkan LTSAH akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai hab logistik di utara.
Penaiktarafan LTSAH itu juga akan menjadi tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.
LTSAH akan turut memberi kemudahan kepada rakyat Kedah dalam urusan menunaikan haji dan umrah, serta mencambah peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.
“Rakyat Kedah tak ‘kelapaq’ lapangan terbang antarabangsa,” dakwa Mahfuz.

Sumber asal: Tak Dapat Masuk Universiti Pun Salah Najib?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment