Syukur Alhamdulillah. Hanya itu sahaja ungkapan yang dapat diberikan apabila mendapat khabar berita mengenai hasrat Si Rafizi ni yang tidak akan bertanding dalam PRU yang akan datang.
Memang dikira Seribu Rahmat bila Si Rafizi ni tak bertanding kelak. Kurang sikit sebaran berita fitnah dan tuduhan yang tidak berasas yang keluar dari mulut dia selaku seorang wakil rakyat.
Kalau tidak, tak pasal - pasal je pengundi di Parlimen Pandan tu dapat dosa percuma akibat tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat mereka yang tidak bertanggungjawab macam Si Rafizi ni.
Berita mengenai hasrat Si Rafizi itu dinyatakan oleh dirinya sendiri secara terbuka didalam sidang Parlimen ketika memulakan sesi perbahasan Usul Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong.
Keputusan Rafizi itu, dipercayai dibuat selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya, kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.
Sebagai rekod, Rafizi juga ketika ini sedang dalam proses prosiding perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh Tabung Haji terhadap dirinya dan banyak lagi kes saman fitnah yang sedang menanti di mahkamah!!!
Sumber asal: SYUKUR ALHAMDULILLAH! RAFIZI TAK BERTANDING PRU14!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment