SEBAB KENAPA GEN Y TIDAK PERLU BIMBANG TEMPOH 5 TAHUN LAGI DENGAN PM NAJIB

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 March 2018

SEBAB KENAPA GEN Y TIDAK PERLU BIMBANG TEMPOH 5 TAHUN LAGI DENGAN PM NAJIB.
1. Jika anda adalah Gen Y (dilahirkan antara 1980 – 1994) dan Gen Z (dilahirkan selepas 1994), pesanan ini adalah untuk anda.

2. Generasi anda akan mewakili 50% daripada tenaga kerja pada tahun 2020 dan 75% daripada tenaga kerja pada tahun 2025.

3. Hutang semasa kita tidak pernah mencapai trilion ringgit seperti Singapura atau Jepun, sebaliknya ia berada pada RM680 juta. Kedua-dua negara itu belum pernah menjadi bankrap, jadi bagaimana anda boleh beranggapan bahawa negara anda akan bankrap sebelum dua negara itu?

4. Semua pengiraan mengenai hutang yang dimiliki oleh Malaysia adalah sangat tidak masuk akal. Mari kita ambil negara yang lebih kecil iaitu Singapura dengan hutang sebanyak RM5.2 trilion dan jumlah rakyat yang lebih sedikit sebanyak 5.607 juta orang sebagai contoh. Gen Y terdiri daripada 44% daripada keseluruhan rakyat Singapura atau kira-kira 2.47 juta orang. Maka hutang Singapura bagi setiap seorang rakyat Gen Y adalah sebanyak RM2,105,264!

5. Tidak seperti ahli politik berfikiran sempit seperti Dyana Sofya, rakyat Singapura akan mentertawakan perbandingan bodoh seperti itu.


Sumber asal: SEBAB KENAPA GEN Y TIDAK PERLU BIMBANG TEMPOH 5 TAHUN LAGI DENGAN PM NAJIB

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment