Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dianggap telah menghina para pengundi di kawasannya apabila mendakwa kononnya ‘letak kucing pada Pilihan Raya Umum (PRU) pun PKR boleh menang’.
Pengerusi MCA dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee berkata, kenyataan Rafizi itu sudah melampau apabila menyamakan pengundinya sebagai haiwan.
Malah, kata - katanya itu jelas menunjukkan bahwa kebanyakkan pemimpin PKR itu terdiri dari kalangan mereka yang sombong dan angkuh sehingga sanggup melabel pengundinya sedemikian rupa.
“Kami penduduk dan pengundi di kawasan Pandan berasa sungguh marah dan kecewa dengan kata-kata begitu. Rafizi telah menghina dan menyinggung perasaan penduduk di kawasan ini. Sebagai wakil rakyat dia tidak sepatutnya bercakap seperti itu.
“Inilah dia seorang pemimpin yang sombong dan telah meremehkan kebijaksanaan pengundi-pengundinya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu Kok Wee juga turut menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat di sekitar Pandan berhubung sikap Rafizi yang sambil lewa menggalas tanggungjawabnya.
“Rafizi kena tahu dalam tempoh lima tahun dia sebagai wakil rakyat di kawasan Pandan ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya. Banyak perkara yang berlaku di kawasan Pandan dan namun, tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan.
“Sebagai contoh, pembinaan gudang besar di Taman Putra serta penyewaan dewan orang ramai di taman yang sama tidak juga diambil peduli olehnya,” ujarnya.
Tambah Kok Wee, banyak lagi perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil rakyat tersebut yang kelibatnya juga jarang dilihat bertemu dengan penduduk setempat sejak PRU yang lalu.
Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan Pakar Strategi PKR itu juga turut terpalit dengan pelbagai kes saman fitnah sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Sumber asal: RAFIZI HINA MENTALITI PENGUNDI PANDAN!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment