Penduduk di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, memanjatkan rasa syukur apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengumumkan pengecualian bayaran ansuran bulanan perumahan di taman itu berkuatkuasa serta-merta.
Zarina Saad, 38 berkata beliau sekeluarga mula mendiami rumah di taman terbabit sejak awal 2006, selepas rumah mereka musnah dibadai ombak tsunami pada 26 Dis 2004.
"Sebelum menetap di taman ini, saya dan keluarga telah beberapa kali berpindah-randah, hinggalah pada awal 2006, kami mula berpindah masuk ke taman ini.
"Semalam apabila Menteri Besar mengumumkan pengecualian bayaran ansuran perumahan, saya bersyukur sangat walaupun hanya RM50 sebulan tetapi besar nilainya pada kami sekeluarga dan ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pembayaran bil atau cukai pintu," katanya.
Sementara itu, Faridah Md Rejab, 49, pula berkata beliau mula berpindah ke taman itu selepas rumahnya musnah teruk dalam kejadian tsunami 2004.
"Tapak rumah mak cik yang lama kini telah didirikan Galeri Tsunami, rumah mak ciklah yang mengadakan kenduri sewaktu tsunami membadai Kampung Kepala Jalan dan kampung berhampiran, namun mak cik bersyukur sebab kami suami isteri selamat ketika itu.
"Bila berpindah ke taman perumahan ini, kehidupan kami lebih selesa, apatah lagi dilengkapi pelbagai kemudahan. Mendengar berita bahawa semua mangsa dikecualikan membuat bayaran bulanan perumahan, ia merupakan khabar gembira buat kami, terima kasih Menteri Besar," katanya.
Seorang lagi penduduk, Ahmad Khamis, 65, berkata, sudah 11 tahun dia menetap di Taman Permatang Katong, selepas rumah lamanya musnah akibat tsunami.
"Saya tinggal bersama isteri dan seorang anak, tiap-tiap bulan kami bayar ansuran RM50, namun bila diumumkan bahawa tidak perlu lagi meneruskan bayaran, perasaan bercampur antara terharu dan gembira.
"Pendapatan sebagai nelayan tidak seberapa malah tidak menentu, justeru apa yang diumumkan Menteri Besar Kedah hari ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan penduduk yang kebanyakannya bergantung hidup dengan hasil laut," katanya.
Semalam Ahmad Bashah mengumumkan seramai 126 keluarga mangsa tsunami yang ditempatkan di taman perumahan itu tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan RM50, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata pengecualian bayaran ansuran bulanan itu yang sepatutnya berbaki kira-kira-kira 10 tahun lagi adalah susulan keputusan kerajaan persekutuan yang menerima cadangan kerajaan negeri.

Sumber asal: Penduduk bersyukur dengan pengumuman MB Kedah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment