* Pada aku sekarang ni. PAS dan UMNO sama saja.
Kalau pemimpin UMNO pantang ditegur, apa kurangnya dengan pemimpin PAS?
UMNO mendekati PAS kerana terdesak dan PAS pula rela jadi pengikut UMNO kerana apa?
Ada orang kata kerana 'dedak'. Soal 'dedak' ni sehingga ini masih tidak jelas, tanpa fakta yang nyata. Hanya kerana mereka berkelakuan pelik dan beralasan kluk-klek maka timbulnya syak wasangka dan tuduhan
Namun pada aku PAS juga terdesak kerana mereka tahu pengaruh mereka telah banyak terhakis setelah apa yang mereka gelarkan gerombolan 'jebon' disisihkan dan mereka ini lari atau dibuang.
Sumpah seranah dan gelaran jelik kepada yang tidak setuju dengan mereka dah menjadi mainan di bibir mereka. Tak tahu kenapa?
Mungkin kerana gelisah, keluh kesah dan marah kot?
Itulah sebabnya pemimpin mereka merapu dan meraban bila membuka mulut. Banyak auta dari fakta. Mereka cuba meyakinkan ahli dan wala'un supaya mengiyakan apa yang pemimpin mereka putuskan dengan justifikasi mereka sendiri. Semua ahli mesti wala' kepada pemimpin. Itulah doktrin yang ampuh untuk mengawal ahli mereka
Pas berbeza dengan Umno
ROSLINDA HASHIM - 21 MAC 2018
ALOR SETAR - “Pastinya Pas berbeza daripada Umno,” tegas Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi, membidas kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa pendekatan Pas dan Umno adalah sama.
Katanya, Pas mengetengahkan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), konsep kesejahteraan dalam politik dengan menjadikan Islam sebagai teras politik bernegara.
“Adalah tidak adil apabila sesetengah pihak menyalahkan Pas yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (Harapan), dianggotai DAP, PKR, Amanah dan Bersatu atau BN, kerana prinsip yang diperjuangkan Pas dengan parti berkenaan adalah berbeza,” katanya.
Menurutnya, DAP sendiri memperlihatkan permusuhan yang ketara terhadap Pas, sedangkan bukan semua keturunan Tionghoa adalah ahli DAP.
“Masih ramai kalangan mereka bersama Pas, bawah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) atau parti yang mewakili Gagasan Sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Fakhruddin berkata, pada PRU14, Pas tetap bertanding di kerusi majoriti Melayu menentang BN mahupun Harapan selain menerokai kerusi campuran sekurangnya 40 peratus Melayu bersama Gagasan Sejahtera.
“Pendirian ini sebenarnya membuktikan Pas amat berbeza daripada Umno. Diharap tohmahan negatif yang dimainkan oleh pemimpin Harapan terhadap Pas dapat dihentikan kerana ia sekadar andaian,” katanya.
Kelmarin, Mahfuz mendakwa Pas dan Umno kini menggunakan sentimen DAP bagi menakutkan orang Melayu yang menyokong Harapan, selain memangsakan DAP dengan menyatakan PKR, Bersatu dan Amanah sebagai pencacai.
Kalau pemimpin UMNO pantang ditegur, apa kurangnya dengan pemimpin PAS?
UMNO mendekati PAS kerana terdesak dan PAS pula rela jadi pengikut UMNO kerana apa?
Ada orang kata kerana 'dedak'. Soal 'dedak' ni sehingga ini masih tidak jelas, tanpa fakta yang nyata. Hanya kerana mereka berkelakuan pelik dan beralasan kluk-klek maka timbulnya syak wasangka dan tuduhan
Namun pada aku PAS juga terdesak kerana mereka tahu pengaruh mereka telah banyak terhakis setelah apa yang mereka gelarkan gerombolan 'jebon' disisihkan dan mereka ini lari atau dibuang.
Sumpah seranah dan gelaran jelik kepada yang tidak setuju dengan mereka dah menjadi mainan di bibir mereka. Tak tahu kenapa?
Mungkin kerana gelisah, keluh kesah dan marah kot?
Itulah sebabnya pemimpin mereka merapu dan meraban bila membuka mulut. Banyak auta dari fakta. Mereka cuba meyakinkan ahli dan wala'un supaya mengiyakan apa yang pemimpin mereka putuskan dengan justifikasi mereka sendiri. Semua ahli mesti wala' kepada pemimpin. Itulah doktrin yang ampuh untuk mengawal ahli mereka
Pas berbeza dengan Umno
ROSLINDA HASHIM - 21 MAC 2018
Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
Katanya, Pas mengetengahkan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), konsep kesejahteraan dalam politik dengan menjadikan Islam sebagai teras politik bernegara.
“Adalah tidak adil apabila sesetengah pihak menyalahkan Pas yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (Harapan), dianggotai DAP, PKR, Amanah dan Bersatu atau BN, kerana prinsip yang diperjuangkan Pas dengan parti berkenaan adalah berbeza,” katanya.
Menurutnya, DAP sendiri memperlihatkan permusuhan yang ketara terhadap Pas, sedangkan bukan semua keturunan Tionghoa adalah ahli DAP.
“Masih ramai kalangan mereka bersama Pas, bawah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) atau parti yang mewakili Gagasan Sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Fakhruddin berkata, pada PRU14, Pas tetap bertanding di kerusi majoriti Melayu menentang BN mahupun Harapan selain menerokai kerusi campuran sekurangnya 40 peratus Melayu bersama Gagasan Sejahtera.
“Pendirian ini sebenarnya membuktikan Pas amat berbeza daripada Umno. Diharap tohmahan negatif yang dimainkan oleh pemimpin Harapan terhadap Pas dapat dihentikan kerana ia sekadar andaian,” katanya.
Kelmarin, Mahfuz mendakwa Pas dan Umno kini menggunakan sentimen DAP bagi menakutkan orang Melayu yang menyokong Harapan, selain memangsakan DAP dengan menyatakan PKR, Bersatu dan Amanah sebagai pencacai.
Sumber asal: PAS atau DAP yang mulakan permusuhan?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment