NAK LAWAN PAS KEDAH PUN SEMPUT, ADA HATI NAK TAWAN KEDAH?

Posted by Kerah Lekung on Monday 26 March 2018

NAK LAWAN PAS KEDAH PUN SEMPUT, ADA HATI NAK TAWAN KEDAH?.
Penulis mengikuti laporan wawancara ‘berat sebelah’ oleh sebuah portal pembangkang dengan seorang anak bekas Perdana Menteri yang mengepalai Pakatan Harapan di sebuah negeri di sebelah utara semenanjung.

Terbaru, dia cuba membayangkan seolah-olah PAS di negeri Kedah tidak akan mendapat tempat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, sebaliknya undi untuk PAS yang diperoleh pada PRU ke-13 lalu konon akan ‘berpindah’ kepada Pakatan Harapan.

Penulis tidak peduli dari mana asasnya hingga dia dapat buat ‘bacaan’ begitu. Sama ada data dan analisis itu diperoleh dari ‘Azrin Zizal’ atau sesiapa saja, penulis hampir termuntah dibuatnya. Tidak penulis sangka, ingatkan lulusan universiti luar negara itu bijak, tapi nampak tahapnya sekadar sama macam budak-budak lulusan SPM di kelilingnya…

Tahukah dia bahawa PAS merupakan parti yang telah lama bertapak di negeri Kedah? Tahukah dia bahawa jumlah ahli PAS yang terkini di Kedah sudah mencecah angka 170,000 ahli, sekaligus paling ramai di negara ini?

Tahukah bekas MB Kedah itu bahawa PAS mengambil masa kira-kira 50 tahun untuk memenangi pilihan raya di Kedah dan menguasai kerajaan negeri? Tahukah dia betapa sukarnya PAS untuk menguasai Kedah daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN)?

Cuba bandingkan pula dengan jumlah keahlian parti ‘cap bunga’ di Kedah. Ada 15 Parlimen atau Bahagian di sana. Berapa jumlah purata ahli ‘cap bunga’ untuk setiap Bahagian? Kalau jumlahnya bawah 200 orang, macam mana nak lawan pengaruh PAS di Kedah?

Realiti apa yang dilihat di peringkat akar umbi, hendak buat mesyuarat cawangan pun tak cukup korum! Jika mesyuarat peringkat cawangan pun tak lepas, bagaimana hendak tewaskan jentera PAS di setiap Dun? Jika Dun tak lepas, apatah lagi parlimen!

Realistiknya, penulis anggarkan jumlah purata ahli ‘cap bunga’ di Kedah hanya sekadar 200 orang sahaja untuk setiap bahagian. Itupun atas ehsan ‘kesian’. Jika dikutkan jumlah sebenar, khabarnya ada yang jumlahnya di bawah 100 orang saja, kan?

Apa yang boleh dibuat oleh ‘cap bunga’ dengan jumlah keahlian di bawah 3,000 ahli? Nak bandingkan dengan 170,000 ahli PAS, ianya bagai langit dengan bumi. Itu belum lagi disebut tentang gerak kerja parti lagi, kan?

Daripada jumlah 3,000 ahli itu, berapa ramai yang aktif dan layak dianggap sebagai ‘jentera’? Berapa ramai pula yang tak tahu, tiba-tiba saja nama mereka tersenarai jadi ‘ahli bunga’? Berapa ramai pula yang keluar parti? Berapa ramai pula yang ‘kepala masam’? Dan berapa ramai pula yang protes?

PAS mengambil masa yang sangat lama untuk tewaskan UMNO di Kedah. Itupun PAS menang gara-gara UMNO ketika itu sangat lemah dan seluruh negara dilanda ‘tsunami’. Maka kerana itu PAS boleh ambil Kedah dari BN pada waktu itu.

Jadi, dengan perkembangan parti ‘cap bunga’ yang kuncup macam bunga tak menjadi, apakah anak manja bekas Perdana Menteri itu fikir pihaknya mudah-mudah boleh ketepikan PAS di Kedah begitu saja? Sudah suluh muka di cermin?

Jika PAS di Kedah pun dia tak mampu ‘makan’, bagaimana pula dia hendak dapatkan Kedah dari UMNO dan BN? Dia bukan tidak tahu tentang susun gerak kerja UMNO dan BN Kedah yang jauh lebih terancang berbanding PAS. Dia pernah jadi Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, bukan?

Apatah lagi dia bakal berdepan dengan Ahmad Bashah yang merupakan ‘kepala perang’ sebenar yang menjadi arkitek kemenangan BN di Kedah sebelum ini. Sudahlah Ahmad Bashah yang menangkan BN di Kedah, dia pula jadi MB? Tak tahu malu betul!

Lagipun, jangan fikir dia belajar tinggi maka dia boleh ‘makan’ PAS dan UMNO di Kedah. Kalau betul dia bijak politik, takkanlah dia tersungkur jadi sejarah ‘undi hilang keyakinan’ majoriti Adun? Itupun tak tahu malu lagi?

Jika benar pun mahu berpolitik, biarlah realistik. Jika terlalu kemaruk mahukan kuasa sekalipun, biarlah dengan cara yang sihat. Jangan didik anak bangsa dengan pemikiran keji menanam kebencian pada orang yang beri muka pada kamu dulu…

Sumber asal: NAK LAWAN PAS KEDAH PUN SEMPUT, ADA HATI NAK TAWAN KEDAH?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment