Mereka ni sengaja cari gaduh ke ape?

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 15 March 2018

Mereka ni sengaja cari gaduh ke ape?.
Link: Zahid kritik MCA hendak kerusi, tetapi kerja tak nak
Timbalan perdana menteri berang apabila mendapati tiada wakil MCA hadir, ketika hendak memperkenalkan parti komponen BN kepada orang ramai pada majlis minum petang pemimpin bersama rakyat di Paroi, semalam

Tak wajar Zahid kritik MCA, kata Liow
mk  |  Dikemaskini 14 Mac 2018, 8:31 malam
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata adalah tidak wajar bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengkritik MCA.

Ini berikutan Zahid yang juga timbalan pengerusi BN dilapor mengkritik parti itu kerana tidak menghantar wakil dalam acara BN di Rembau semalam.

"Saya percaya ia adalah masalah komunikasi. Tidak wajar untuk mengkritik secara terbuka MCA tanpa terlebih dahulu meneliti fakta-fakta mengenai perkara itu.

"Kalau saya, saya tak akan lakukannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liow berkata beliau dimaklumkan bahawa pemimpin MCA bahagian menghadiri acara itu.

Bagaimanapun, pemimpin negeri tidak hadir kerana tidak dijemput.

"Saya telah mengarahkan MCA Negeri Sembilan untuk menyiasat masalah komunikasi ini dan menyediakan laporan," katanya.

Liow, yang juga menteri pengangkutan, berkata beliau telah bertemu Zahid (gambar) dan saling bertukar pendapat mengenai perkara itu.
"Saya telah menyatakan pendapat saya mengenai perkara itu dan beliau juga menyatakan pendapatnya.

"Beliau meminta kami menggalakkan ahli-ahli untuk bekerjasama dalam persediaan untuk pilihan raya umum.

"Saya fikir persediaan pilihan raya adalah sangat penting.MCA bersedia sepenuhnya untuk pilihan raya umum.

"Saya ingin menekankan bahawa apabila turun padang, MCA memberikan semuanya," tegasnya.

Semalam, Zahid mengkritik MCA di hadapan rakan sekutunya kerana gagal menghantar wakil ke program BN.

"Mana wakil MCA, tengok tiada seorang pun yang datang. MIC ada, GERAKAN ada, MyPPP ada tapi MCA tak ada.

“Tolong tunjuk muka di parlimen Rembau walaupun kita beri kerusi bertanding di tempat lain. Bantu calon kita, kerusi hendak, tetapi program tidak hadir," katanya dipetik berkata.

Kaitan: MCA rancang protes besar-besaran terhadap calon Alor Gajah

Sumber asal: Mereka ni sengaja cari gaduh ke ape?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment