Kalau Anak Jantan, Sahutlah Cabaran, Tun Mahathir!

Posted by Kerah Lekung on Monday 26 March 2018

Kalau Anak Jantan, Sahutlah Cabaran, Tun Mahathir!.
Lepas berjaya 'memerangkap' Dr Kamarul Zaman Yusoff dengan membuat kejutan di Wacana Sinar minggu lalu, Tun Mahathir dicabar untuk bersemuka dengan penyarah UUM itu dalam satu forum yang bakal dianjurkan hujung bulan ini.

Dikatakan, forum yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac, di Pengkalan Chepa itu merupakan anjuran sebuah pertubuhan penyokong PAS. Selain Dr Kamarul dan Tun Mahathir sebagai ahli panelnya, ia juga bakal disertai Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) yang akan bincangkan topik ‘Layakkah Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi’.

Poster forum itu juga dah bertebar di laman sosial. Setakat ini, kesemua panelis sudah menyatakan persetujuan, kecuali Tun Mahathir. Harap-harap Tun cakap serupa bikin lah, jangan sekadar tulis "I'm here guys. Say it to my face". Kalau anak jantan, turunlah sahut cabaran, Tun!


Sumber asal: Kalau Anak Jantan, Sahutlah Cabaran, Tun Mahathir!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment