JIKA UMUR MENJADI UKURAN, PM NAJIB LEBIH BERKALIBER DAN DAPAT MEMACU NEGARA DENGAN LEBIH BAIK BERBANDING TUN M

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 March 2018

JIKA UMUR MENJADI UKURAN, PM NAJIB LEBIH BERKALIBER DAN DAPAT MEMACU NEGARA DENGAN LEBIH BAIK BERBANDING TUN M.
Cukup-cukuplah Tun M dengan mempergunakan usia tuanya untuk menagih simpati para pengundi terutamanya pengundi Melayu.

Tun M sepatutnya berusaha lebih untuk meraih undi kaum Cina kerana kaum tersebut yang terlalu marah ke atas dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Umur yang ideal bagi umat Nabi Muhammad s.a.w untuk hidup di dunia ini adalah sehingga umur 63 tahun. Namun jika diberi usia lanjut dari sunnah Nabi itu, ianya dianggap extra dan bonus sebagai insan yang hidup di dunia ini.

Jika dinilai perbandingan usia Dato’ Sri Najib yang baru menjangkau usia 65 tahun, banyak lagi kemajuan yang boleh digapai jika beliau diberi peluang. Banyak lontaran idea yang akan dibawa untuk memastikan Malaysia mencapai taraf negara maju pada 2030 inshaallah.

Akan tetapi jika Tun M dan pemimpin yang rakus dari Pakatan Harapan diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara, suasana mungkin berubah dan perjuangan negara dalam mempertahankan beberapa isu sensitif mungkin akan tergadai.

Jadi berwaspadalah dengan taktik kotor yang cuba dimainkan oleh Tun M dan puak-puak pembangkang. Kerana mereka terlalu terdesak untuk merampas tampuk pemerintahan negara bagi mengubah segala yang telah kita pertahankan selama ini.

Sumber asal: JIKA UMUR MENJADI UKURAN, PM NAJIB LEBIH BERKALIBER DAN DAPAT MEMACU NEGARA DENGAN LEBIH BAIK BERBANDING TUN M

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment