Janji Tun M Nak Mansuh AUKU Ibarat Jilat Ludah Sendiri!

Posted by Kerah Lekung on Monday, 26 March 2018

Janji Tun M Nak Mansuh AUKU Ibarat Jilat Ludah Sendiri!.
Dulu dia yang wujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), sekarang dia sendiri yang nak mansuhkan. Jenis meludah dan kemudian jilat balik ludah sendiri.

Bukan orang lain yang cakap. Tapi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang cakap. Sebelum ni Tun Mahathir janji nak mansuh AUKU sebab sedar rakyat Malaysia sudah matang dan tak lagi memerlukan akta sedemikian.

Dulu masa jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir lah yang paling banyak menggunakan akta-akta zalim untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara. Sekarang bukan main lagi jilat ludah sendiri.

Bukan AUKU saja. Dia juga janji nak mansuh Akta Hasutan, nak beri kebebasan kepada media, nak hapuskan tol dan sebagainya. Perkara itu semua dia yang wujudkan, dan sekarang nak mansuhkan. Sebab apa? Sebab nak pancing undi demi jayakan misi kemaruk kuasa diri sendiri! 

Sumber asal: Janji Tun M Nak Mansuh AUKU Ibarat Jilat Ludah Sendiri!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment