Huh! Memang dasar tak sedar diri sungguh puak - puak Pakatan Haprak ni ya. Ada hati lagi diorang nak jadi pemerintah Malaysia sedangkan nak mengagihkan kerusi pun diorang tak reti.
Perkara tu dah banyak kali kita lihat dan ianya dah termaktub dalam sejarah puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Banyak kali dah kita lihat diorang bertelagah sesama sendiri berebut kerusi.
Sebelum ini, sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak, puak Pakatan Haprak tu masing - masing berebut kerusi sehingga ada yang mendakwa kononnya satu pihak tamak nak bolot semua kerusi yang ada.
Keadaan kucar kacir itu berlaku sehingga menyebabkan puak Pakatan Haprak tu bertembung sesama sendiri dan menjadi punca kekalahan mereka kepada wakil dari Barisan Nasional.
Malah di Pahang pun berlaku perkara yang sama sehingga menyebabkan Lim Kit Siang pernah dibaling dengan telur oleh penyokong parti itu sendiri kerana GAGAL menangani isu pembahagian kerusi ni.
Maka tidak mustahil sekiranya keadaan yang sama juga akan berlaku kali ini dimana kemungkinan besar pertindihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu berulang kembali.
Jadi, bagaimana mungkin mereka ni boleh diberi kepercayaan untuk membawa mandat rakyat sedangkan isu pembahagian kerusi sesama mereka sendiri pun masih GAGAL ditangani dengan baik? Kalau nak beragih kerusi pun diorang tak mampu, inikan pulak nak mentadbir Negara kelak. Alamat Jahanam la jawabnya!!!
Sumber asal: GAGAL AGIH KERUSI, KIT SIANG PUN PERNAH DIBALING TELUR!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment